ePengeluaranKWSPPengeluaran BersyaratPengeluaran KhasPengeluaran sebahagian

Pengeluaran Sebahagian KWSP 2024 :Dibenarkan Kepada Semua

Pengeluaran Sebahagian KWSP 2024 : Kemudahan khas ini dibenarkan kepada semua ahli/ pencarum yang menepati kelayakan. Untuk makluman, rakyat Malaysia sebenarnya boleh membuat e-pengeluaran KWSP melalui i-akaun.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP 2024

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan setiap ahlinya membuat pengeluaran khas bersyarat pada bila-bila masa. Para pencarum boleh memilih untuk melakukan pengeluaran secara sebahagian atau sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2.

Kemudahan ini diperkenalkan adalah bagi membantu memberi manfaat kepada ahli yang memerlukan pengeluaran peribadi tertentu. Dengan adanya kemudahan ini dapat memudahkan ahli KWSP bagi membuat persediaan bagi menghadapati waktu persaraan.

Pihak KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari akaun simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu. Di halaman ini dikongsikan senarai jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang boleh dilakukan pada tahun 2024.

SENARAI JENIS PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP 2024

Dibawah adalah senarai jenis-jenis pengeluaran sebahagian yang dibenarkan pada tahun ini kepada ahli yang memerlukan seperti berikut :

  1. Umur mencapai 50 tahun
  2. Beli rumah
  3. Bina rumah
  4. Menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman perumahan
  5. Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  6. Perumahan PR1MA atau Fleksibel
  7. Pendidikan dan rawatan kesihatan
  8. Haji (Beragama islam)
  9. Simpanan dalam akaun melebihi 1 juta.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP 2024

Beberapa syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi membuat e-pengeluaran khas bersyarat ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap sahaja
  • Ahli KWSP yang sah
  • Syarat kelayakan mengikuti syarat pengeluaran simpanan semasa
  • Permohonan pengeluaran boleh dilakukan tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau rakan strategik KWSP.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman rasmi – KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button