Akaun 3KWSP

Akaun 3 KWSP : Butiran Maklumat Dan Tarikh Perlaksanaan

Akaun 3 KWSP : Butiran maklumat dan tarikh perlaksanaan telah dimaklumkan akan dilancarkan dijangka pada bulan April 2024. Pihak KWSP bakal memperkenalkan satu lagi akaun bagi memberi manfaat kepada ahli.

PENGENALAN AKAUN 3 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengumumkan bakal perkenalkan akaun 3 yang berfungsi sebagai akaun fleksibel. Ahli boleh membuat pengeluaran untuk tujuan kecemasan sahaja melalui akaun fleksibel ini dengan peratusan tertentu.

Buat masa ini penelitian masih sedang dilakukan dari sudut aspek kaedah mengenai akaun 3 ini agar tidak terlalu menjejaskan pendapatan para pencarum KWSP. Pihak kerajaan telah membentangkan butiran berkenaan Akaun 3 (fleksibel) ini pada sidang Belanjawan 2024.

BUTIRAN MAKLUMAT AKAUN 3 KWSP

Pihak KWSP telah mencadangkan bagi memperkenalkan akaun 3 bertujuan fleksibel yang membolehkan ahli mengeluarkan simpanan wang pada bila-bila masa. Nurhisham Hussien selaku Ketua Pegawai Strategi KWSP berkata, cadangan akaun ketiga ini bagi pengeluaran waktu kecemasan.

Dalam penelitian, perkara ini perlu mengambil kira tahap disiplin ahli KWSP agar tidak berlaku kekerapan pengeluaran wang mereka. Pihak KWSP perlu memastikan ahli mempunyai dana yang cukup jika cadangan mewujudkan akaun ketiga (3) dengan pengeluaran secara fleksibel dilaksanakan.

Setakat waktu ini, sekitar 9 peratus pencarum tidak mempunyai apa-apa simpanan pada usia 55 tahun dan angka ini meningkat sehingga 25 peratus apabila ahli mencapai umur 75 tahun. Perlaksanaan akaun 3 (fleksibel) ini perlu dipertimbangkan dengan isu alisan tunai bersama isu krisis persaraan.

TARIKH PERLAKSANAAN & SYARAT AKAUN 3

Berdasarkan pengumuman sebelum ini, akaun fleksibel ini bakal dilaksanakan pada April 2024. Berkenaan tarikh perlaksanaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cadangan syarat pengeluaran mandatori secara bulanan akan dilaksanakan untuk ahli baharu yang lahir pada tahun 2010 dan keatas. Fungsi akaun 3 ini diperkenalkan juga adalah bagi memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan.

Selain Akaun fleksibel ini, KWSP juga telah menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada ahli. Untuk semakan lebih terperinci, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada kalian yang terlepas pandang boleh lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button