KWSPPengeluaran Khas

Terdapat 18 Jenis Pengeluaran Khas KWSP Yang Dibenarkan – Semak Sekarang

Tahukah anda, selain daripada pengeluaran khas KWSP 2.0 yang diharapkan dilaksanakan, terdapat pengeluaran khas yang boleh anda dapatkan untuk tujuan peribadi.

Sekiranya anda merupakan ahli / pencarum KWSP, anda layak untuk memohon pengeluaran wang KWSP melalui 18 jenis pengeluaran KWSP di akaun 1 dan akaun 2. Untuk makluman, terdapat 2 kategori jenis pengeluaran KWSP iaitu pengeluaran secara penuh atau pengeluaran secara sebahagian.

Senarai 18 Jenis Pengeluaran Khas KWSP

Di bawah telah disediakan senarai jenis pengeluaran khas KWSP secara peuh dan sebahagian seperti berikut :

Pengeluaran Secara Penuh

  • Ahli berumur 55 tahun
  • Meninggalkan negara
  • Hilang keupayaan
  • Ahli berumur 60 tahun
  • Terjadi kematian
  • Pesara pilihan dan pekerja berkempen

Pengeluaran Secara Sebahagian

  • Membina rumah sendiri
  • Berumur 50 tahun
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Perumahan program PR1MA
  • Perumahan fleksibel
  • Menunaikan haji
  • Beli rumah
  • Menyelesaikan baki pinjaman rumah
  • Simpanan dalam akaun melebihi 1 juta
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Syarat Pengeluaran 

Pengeluaran Membeli / Membina Rumah

  • Merupakan pencarum KWSP
  • Merupakan ahli yang masih belum mencapai umur 55 tahun (2022)
  • Ahli yang mempunyai simpanan di dalam akaun 2 minimum 500,000

Pengeluaran KWSP berumur 50, 55 dan 60 tahun

  • Merupakan pencarum / ahli KWSP
  • Berumur 50 hingga 59 tahun
  • Berumur 50 hingga 54 tahun
  • Berumur 60 tahun
  • Mempunyai simpanan KWSP mencukupi

Pengeluaran Kesihatan

  • Ahli / pencarum KWSP
  • Pencarum yang belum capai umur 55 tahun (2022)
  • Ahli yang mempunyai simpanan yang cukup di dalam akaun 2

Pengeluaran ibadah Haji

  • Pengeluaran khas ini bagi tujuan membantu menampung kos pembelanjaan asas haji dan bukannya untuk menampung segala kos pengerjaan ibadah haji.

Pengeluaran Meninggalkan Negara

  • Merupakan Warganegara Malaysia yang telah dilucutkan kewarganegaraan atas sebab berhijrah ke negara lain
  • Bukan Warganegara Malaysia yang berhenti kerja dan akan meninggalkan negara Malaysia.

Pengeluaran Kematian

  • Pencarum KWSP
  • Mempunyai simpanan mencukupi dalam akaun 2
  • Pengeluaran ini boleh dituntut oleh pihak waris sekiranya berlakunya kematian kepada ahli / pencarum.

Nota : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan kategori jenis pengeluaran khas KWSP ini, anda boleh layari Portal Rasmi KWSP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pakej bantuan terutama bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button