KWSPPengeluaran Penuh

Jenis Pengeluaran KWSP Penuh Yang Dibenarkan

Jenis pengeluaran KWSP penuh yang dibenarkan pada tahun ini kepada ahli yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk makluman, pihak KWSP telah menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran yang boleh dibuat oleh pencarum pada tahun ini.

JENIS PENGELUARAN KWSP PENUH

Untuk sedia maklum, buat masa ini pengeluaran khas KWSP 2.0 dan secara bersasar tidak dapat diluluskan atas sebab tertentu. Namun terdapat jenis pengeluaran KWSP secara penuh dan sebahagian yang boleh dilakukan oleh pencarum sekiranya berkelayakan.

Pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran secara penuh simpanan dari akaun satu (1) dan 2 para pencarum dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Senarai kategori jenis pengeluaran KWSP penuh telah disediakan untuk rujukan umum seperti di bawah.

MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Kepada ahli / pencarum KWSP yang telah mencapai umur 55 tahun, secara automatik dibenarkan untuk membuat pengeluaran secara penuh simpanan masing-masing. Perkara ini kerana baki akaun 1 dan akaun 2 digabungkan menjadi akaun 55.

Jika ahli KWSP memilih untuk meneruskan pekerjaan sehingga umur 55 dan keatas, caruman selepas itu yang diterima akan dimasukan ke dalam akaun emas. Dan pengeluaran untuk akaun ini hanya dibenarkan setelah mencapai umur 60 tahun dan keatas.

KEHILANGAN UPAYA

Bagi ahli / pencarum KWSP yang ditimpa musibah hilang upaya dari segi mental atau fizikal, pengeluaran penuh dibenarkan setelah disahkan oleh pegawai perubatan. Tambahan secara automatik layak mendapatkan RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya bagi meringankan beban ahli.

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli KWSP yang melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke luar negara. Mereka boleh memilih untuk mengeluarankan kesemua baki simpanan mereka di dalam akaun KWSP.

PEKERJA BERPENCEN / PERSARAAN PILIHAN

Kepada ahli yang merupakan pekerja berpencen atau persaraan pilihan, anda dibenarkan membuat pengeluaran secara penuh. Pekerja berpencen ini merujuk kepada pekerja yang diletakkan dalam sesuatu jatawan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

KEMATIAN

Kepada ahli KWSP yang meninggal dunia, waris dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebagai wakil. Pihak KWSP menyarankan ahli untuk membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran sekiranya berlaku kematian.

SYARAT & PANDUAN PERMOHONAN

Untuk semak syarat kelayakan dan panduan cara permohonan pengeluaran telah disediakan di laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat Malaysia. Sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button