FSA2KWSPPengeluaran BersyaratPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP FSA2 2024 : Dibenarkan Serendah RM3000

Pengeluaran KWSP FSA2 2024 : Setiap ahli yang berkelayakan boleh membuat pengeluaran khas pada tahun ini serendah RM3000. Bagi pengetahuan umum, pelbagai inisiatif kemudahan pengeluaran telah disediakan oleh KWSP untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

PENGELUARAN KWSP FSA2 2024

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah skim kemudahan pengeluaran pembiayaan melalui institusi perbankan. Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini telah mula dibuka permohonan pada April lalu.

Untuk makluman semua, perlaksanaan program pengeluaran khas bersyarat FSA2 ini akan dilancarkan secara 2 fasa yang melibatkan butiran kelayakan yang berbeza. Buat masa ini sepanjang tahun permohonan telah dibuka bagi fasa pertama (1).

Melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini, setiap pencarum boleh membuat permohonan awal bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun. Dengan adanya FSA2 ini dapat membantu para pencarum KWSP bagi mendapatkan pembiayaan peribadi dari pihak bank.

KELAYAKAN SYARAT PENGELUARAN KWSP FSA2 2024

Pihak berwajib telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pengeluaran FSA2 KWSP ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur belum mencapai 55 tahun (Kriteria syarat fasa 1)
  • Permohonan yang dikemukakan dibenarkan membuat sekali sahaja
  • Mempunyai minimum RM3000 sebagai simpanan dalam akaun kedua (2)
  • Pengeluaran bersyarat maksimum sehingga RM50,000 secara one-off
  • Memenuhi dan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

Tempoh permohonan pengeluaran FSA2 ini dibuka dan boleh dimohon adalah sepanjang tahun ini. Butiran berkenaan FSA2 KWSP fasa kedua pula akan dimaklumkan pada masa yang akan dimaklumkan.

PANDUAN DAFTAR & CARA MOHON PENGELUARAN FSA2

Untuk ahli yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian (online). Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Buat masa ini bagi pengeluaran pembiayaan FSA2 fasa 1 ini terdapat 3 institusi perbankan yang terlibat iaitu Bank Simpanan Nasional dan CIMB Bank. Untuk butiran lengkap maklumat berkenaan FSA2, sila rujukan di laman rasmi yang telah dikongsikan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button