Cara Mudah PengeluaranKWSPTarikh Pembayaran

Info Terbaru : Maklumat Tambahan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000

Pada suku pertama tahun ini, berita yang ditungu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia terutama pada para ahli KWSP telah terjawab. Menerusi kenyataan sidang media ringkas, Perdana Menteri telah mengumumkan pengeluaran khas KWSP sehingga maksimum RM 10,000 di benarkan.

Keputusan yang telah dibuat ini sangat jelas bahawa kepetingan menjaga kesejahteraan rakyat amat penting terutama pada musin endemik ini. Namun dalam kenyataan tersebut, Perdana Menteri turut memperingatkan supaya ahli KWSP mempunyai pengeluaran jika benar-benar berkeperluaan sahaja kerana ia melibatkan simpan pada masa hadapan.

Lebih menggembirakan, melihat dari butiran maklumat berkenaan pengeluaran khas KWSP ini, tidak terdapat syarat khusus yang diperlukan. Hanya perlu membuat permohonan sahaja dan semakan baki akaun KWSP.

Maklumat Tambahan 

Pihak KWSP telah mengumumkan beberapa maklumat tambahan berkenaan Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP bagi tujuan memudahkan proses permohonan ahli KWSP berjalan dengan lancar. Di bawah telah disediakan maklumat tambahan seperti berikut :

  1. Sila pastikan nombor akaun Bank anda dalam keadaan aktif (Semasa / simpanan)
  2. Pastikan nombor telefon pintar anda yang terkini telah berdaftar dengan KWSP
  3. Baki simpanan akaun KWSP anda hendaklah disemak bagi tujuan pengeluaran anda mencukupi
  4. Akaun haruslah di atas nama sendiri dan bukannya akaun syarikat atau akaun bersama

Nota : Pihak KWSP telah mengingatkan kepada ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran khas ini, sebarang permohonan hendaklah dilakukan secara melalui atas talian (0nline) di Laman Rasmi Pengeluaran khas KWSP.

Tarikh Pembayaran Pertama

Untuk makluman anda, kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak KWSP bahawan pembayaran pertama Pengeluaran Khas ini bermula pada tarikh 20 April 2022 jatuh pada hari Rabu.

Tarikh Permohonan

Kepada anda yang ingin membuat permohonan pengeluaran khas KWSP ini, anda boleh membuat permohonan dalam tempoh tarikh yang telah ditetapkan iaitu bermula pada 1 April 2022 dan permohonan akan ditutup pada 30 april 2022.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan pengeluaran khas KWSP ini, anda boleh terus menghubungi di talian khas :

No Telefon : 03 8922 6000

Fax : 03 8922 6222

Informasi 

Pada tahun ini terdapat pelbagai Inisiatif bantuan yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan terutama bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang atau ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button