KWSPPengeluaran sebahagian

5 Kategori Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

5 kategori pengeluaran KWSP yang dibenarkan kepada ahli / pencarum melalui akaun 2 pada tahun ini untuk tujuan peribadi tersedia selagi menepati syarat yang telah ditetapkan. Untuk sedia maklum sehingga hari ini ramai yang mendesak dan mengharapkan pengeluaran khas KWSP secara bersasar dapat diluluskan.

Walaupun pihak kerajaan tidak dapat membenarkan pengeluaran khas tersebut, terdapat beberapa jenis kemudahan pengeluaran KWSP yang dibenarkan melalui akaun 2. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan pencarum.

5 KATEGORI PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran untuk tujuan peribadi yang dibenarkan pada tahun ini. Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu melalui akaun 1 pengeluaran penuh dan akaun 2 untuk pengeluaran sebahagian.

Melalui akaun (2) terdapat beberapa jenis pengeluaran yang ahli KWSP boleh lakukan selagi mengikuti syarat. Berikut adalah 5 kategori pengeluaran KWSP yang diluluskan melalui akaun 2.

PENGELUARAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH SENDIRI

Kepada ahli / pencarum KWSP yang berstatus warganegara Malaysia dan bukan warganegara, anda boleh membuat pengeluaran wang melalui akaun 2 untuk tujuan membeli rumah sendiri.

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Bagi pencarum KWSP yang berumur 55 tahun kebawah dan beragama islam, sekiranya anda merancang untuk mengerjakan ibadah haji. Anda boleh membuat pengeluaran akaun 2 untuk tujuan sebagai insentif tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH).

Pengeluaran untuk menunaikan ibadah haji dibenarkan sehingga maksimum RM3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

MENCAPAI UMUR 50 TAHUN

Untuk pencarum yang telah mencapai usia 50 tahun dan keatas, anda layak untuk membuat pengeluaran keseluruhan simpanan wang di akaun 2 KWSP. Kemudahan ini disediakan bagi persediaan untuk waktu persaraan ahli dan dibenarkan pengeluaran jika mempunyai baki simpanan dalam akaun 2.

PEMBINAAN RUMAH 

Pihak KWSP juga turut menyediakan kemudahan bagi ahli yang ingin membina rumah sendiri diatas tanah. Terdapat 2 kategori yang disediakan iaitu pembinaan dengan pembelian tanah atau pembinaan atas tanah yang sidah dimiliki.

Kelayakan pengeluaran ini bagi setiap ahli yang berumur 55 tahun dan ke bawah dengan mempunyai baki simpanan pada akaun 2 KWSP yang mencukupi.

RAWATAN KESIHATAN

Kepada ahli yang menghadapi masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran wang melalui akaun 2 KWSP. Kemudahan ini bagi tujuan membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan.

Nota : Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran melalui akaun 2 KWSP untuk tujuan seperti diatas, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI untuk semakan lebih lanjut.

INFO LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyediakan lebih banyak inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan. Bantuan-bantuan diperkenalkan bagi membantu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan terutama golongan sasar.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button