BANTUANSARASTRSumbangan Asas RahmahSumbanganTunaiRahmah

SARA : Bantuan Tambahan STR RM100 Dikreditkan Bulan Ini!

SARA : Bantuan Tambahan STR bernilai RM100 telah mula dikreditkan kepada mereka yang berkelayakan pada bulan ini. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

SARA : BANTUAN TAMBAHAN STR 2024

Kepada yang terlepas pandang atau tidak tahun, pihak kerajaan telah bersetuju bagi meneruskan program pemberian Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini. Program SARA ini adalah merupakan lanjutan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Untuk sesi tahun 2024, bantuan tambahan ini telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR yang terdiri daripada kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Bukan itu sahaja, penerima berstatus ‘bukan’ miskin / miskin tegar turut akan menerima manfaat.

Pada tahun lalu pemberian SARA ini hanya diberikan pada kadar RM600 bagi kategori miskin/ miskin tegar sahaja. Atas keprihatinan kerajaan telah menaik taraf dimana bantuan diberikan pada kadar jumlah sehingga RM1,200.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR

Untuk makluman, pemberian bantuan khas SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya disalurkan secara automatik kepada mereka yang berkelayakan. Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima berstatus lulus STR 2024
  • Kategori isi rumah, warga emas dan bujang
  • Berstatus miskin tegar dan bukan miskin tegar.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN SARA

Pihak kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini disalurkan secara berperingkat. Bermula Januari sehingga Disember 2024, pengkreditan RM100 dan RM50 sebulan terus ke dalam mykad penerima STR (kategori miskin tegar).

Bayaran setiap bulan diagihkan kepada penerima di kawasan negeri-negeri semenanjung Malaysia. Untuk penerima negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan dibayar 2 kali pada bulan Februari dan Ogos 2024.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA 2024

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada STR bagi tahun ini, semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan. Panduan semakan dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – SARA 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button