BANTUANFasa 4STR

Kategori Keluarga B40 Akan Terima Bayaran Sehingga RM1,200

Kategori keluarga B40 akan terima bayaran dari RM200 sehingga RM1,200 pada pembayaran STR fasa 4 nanti. Untuk makluman, kerajaan telah memaklumkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah fasa terakhir akan dikreditkan bermula November 2023.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI STR

Pada sidang Belanjawan 2023 yang diadakan pada bulan Februari lalu, Perdana Menteri telah memperkenalkan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah. Melalui STR, peruntukan dana bantuan adalah yang terbesar pada tahun ini.

Kategori yang terlibat adalah bujang, warga emas dan keluarga (isi rumah) dan kadar bantuan sehingga RM2,500 setahun. Jumlah yang diterima tertakluk kepada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

Buat masa ini, pembayaran STR fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Hanya tinggal baki satu fasa pembayaran STR saja lagi bagi tahun 2023.

KATEGORI KELUARGA B40

Untuk makluman, bagi kategori keluarga B40 akan menerima bayaran STR fasa akhir sehingga RM1,200. Kadar jumlah yang akan diterima pada fasa 4 adalah seperti berikut :

(ISI RUMAH) KATEGORI KELUARGA B40

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai anak (5 dan ke atas) : RM1,200

(ISI RUMAH) KATEGORI M40 

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai anak (1-2) : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai anak (5 dan ke atas) : RM500

KATEGORI BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • Tiada bayaran (RM0)

WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS/ SEBATANG KARA)

  • RM200

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN

Kepada penerima sedia ada, semakan status pembayaran STR 2023 boleh dilakukan secara atas talian. Untuk semakan status, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

Bagi mereka yang berstatus tidak lulus semasa pembayaran STR fasa 3, anda boleh membuat permohonan rayuan sebelum tarikh tutup pada 31 Julai ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain MySTR, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Terutama golongan sasar miskin tegar dan B40.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button