BANTUANBINGKAS

Bantuan Kredit EWallet RM300 Sebulan Untuk B40

Bantuan kredit ewallet RM300 sebulan ditawarkan kepada golongan B40 dan memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman, program bantuan khas berbentuk ewallet masih dilaksanakan pada tahun ini oleh pihak kerajaan negeri.

BANTUAN KREDIT EWALLET

Untuk sedia maklum, program bantuan kehidupan sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri, program bantuan khas BINGKAS ini dilanjutkan pada tahun ini.

Program khas ini adalah bertujuan bagi mengiktiraf peranan penting dari ketua keluarga yang tidak pernah jenuh dalam menguruskan hal ehwal dalam keluarga. Bagi mendidik serta membesarkan anak-anak dalam keadaan apa jua sekalipun.

Menurut Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari, beliau memaklumkan bahawa program bantuan BINGKAS ini dapat menambah baikkan. Dari program kasih ibu smart Selangor (KISS) dan kasih ibu smart Selangor ibu tunggal (KISS IT).

Dengan adanya pemberian bantuan khas ini dapat dirasai oleh seluruh isi rumah yang berkelayakan. Menerusi program ini, seramai 30 ribu buah keluarga yang layak akan menerima sebanyak RM300 sebulan bagi membantu menampung pembelian barang keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN

Program khas bantuan kredit ewallet RM300 BINGKAS ini mempunyai syarat kelayakan yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memperolehi pendapatan semasa bulanan di bawah RM3,000
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemohon merupakan pemilih berdaftar di Selangor

MANFAAT BAANTUAN BINGKAS

Kepada pemohon yang layak, anda akan menerima manfaat seperti di bawah :

  • Menerima bantuan setiap bulan
  • Kadar bantuan (had pembelian) adalah berjumlah RM300
  • Boleh membeli barang keperluan harian asas
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan
  • Baki bulanan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan permohonan telah disediakan di laman rasmi BINGKAS – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan lebih banyak bantuan yang kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai inisiatif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon –SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button