BANTUANFasa 2MySTR

MySTR Fasa 2 : Semakan Status & Jadual Bayaran Bantuan Tunai

MySTR Fasa 2 : Semakan Status & Jadual bayaran bantuan tunai kini telah dimaklumkan sebagai butiran informasi kepada rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, pembayaran bantuan tunai STR fasa pertama (1) telahpun selesai dibayar pada bulan ini.

BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 2 TAHUN 2024

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan khas Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan secara berperingkat pada tahun 2024. Pembayaran seterusnya iaitu fasa kedua akan mula disalurkan pada bulan April nanti kepada penerima.

Setakat ini, sekitar 8.2 juta yang berkelayakan telah berdaftar untuk STR tahun ini dan dijangka akan terus menaik ke 9 juta. Ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemaskini yang telah dibuka sepanjang tahun 2024.

Bagi bantuan tunai STR tahun ini akan melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah. Kadar jumlah bayaran bantuan tunai adalah berbeza bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak.

KADAR BANTUAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh rakyat Malaysia bagi STR sesi tahun 2024 mengikut kategori seperti dibawah.

KATEGORI ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

KATEGORI WARGA EMAS & BELIA BUJANG

  • Warga emas tiada pasangan (60 tahun keatas) : RM600
  • Belia bujang (21 – 59 tahun) : RM350

JADUAL BAYARAN MYSTR MENGIKUT FASA

Di bawah adalah jadual rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut fasa bagi sesi tahun 2024 seperti berikut :

  • Bayaran STR fasa 1 : Bermula Januari 2024 (Selesai)
  • Bayaran STR fasa 2 : Bermula April 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran STR fasa 3 : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran STR fasa 4 : Bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI MYSTR 2024

Kepada penerima bantuan tunai, semakan status dan pengemaskinian maklumat terkini boleh dilakukan secara online. Untuk semakan dan pendaftaran permohonan baharu, sila layari laman rasmi – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah melancarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button