BANTUANFasa 2Isi RumahSTR

Bayaran Kategori Isi Rumah RM200 Telah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

Bayaran kategori isi rumah pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua berjumlah RM200 telah mula dikreditkan secara berperingkat. Untuk makluman, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pengagihan pembayaran STR fasa 2 akan mula dibayar pada 5 April 2023.

BAYARAN KATEGORI ISI RUMAH

Kepada penerima Sumbangan tunai rahmah sedia ada bagi kategori isi rumah, anda akan menerima bayaran fasa kali ini dengan jumlah RM200. Fasa kedua ini diberikan kepada semua isi rumah (keluarga) untuk semua bilangan tanggungan anak dengan kadar jumlah yang sama.

Baki pembayaran kategori isi rumah akan dibayar pada fasa ketiga dan keempat nanti melalui kaedah yang sama iaitu secara berperingkat. Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status pembayaran akan anda sekarang.

JUMLAH STR KATEGORI ISI RUMAH

Bagi sesiapa yang telepas pandang, kami kongsikan maklumat berkenaan jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori isi rumah (keluarga) seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN (RM2,501 – RM5,000)

  • Pasangan tiada anak : RM500
  • Isi rumah mempunyai 1-2 anak : RM750
  • Isi rumah mempunyai 3-4 anak : RM1,000
  • Isi rumah mempunyai 5 anak atau lebih : RM1,250

ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN (RM2,500 DAN KE BAWAH)

  • Pasangan tiada anak : RM1,000
  • Isi rumah mempunyai 1-2 anak : RM1,500
  • Isi rumah mempunyai 3-4 anak : RM2,000
  • Isi rumah mempunyai 5 anak atau lebih : RM2,500

Nota : Buat masa ini pembayaran STR fasa 1 dan fasa 2 bagi kategori telah dibayar sebanyak RM300 dan RM200. Baki daripada jumlah keluruhan akan diberikan pada pembayaran STR fasa berikutnya.

JADUAL BAYARAN STR

Berikut adalah jadual pembayaran Sumbangan tunai rahmah (STR) mengikut fasa yang telah diumumkan oleh kerajaan seperti di bawah :

  • STR Fasa 1 : Bermula 17 Januari 2023 (telah selesai)
  • STR Fasa 2 : Bermula 5 April 2023 (dalam proses)
  • STR Fasa 3 : Bermula bulan Julai 2023 (tarikh akan dikemaskini)
  • STR Fasa 4 : Bermula bulan November 2023 (tarikh akan dikemaskini)

Kepada penerima STR sedia ada, bermula 5 April anda boleh membuat semakan status bayaran kategori isi rumah dan bujang melalui portal rasmi MySTR – DI SINI

Sila log masuk akaun MySTR anda dan maklumat status pembayaran akan dipaparkan pada skrin anda.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bayaran STR ini, terdapat inisiatif lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan yang akan dibayar pada bulan ini sempena raya aidilfitri. Sila semak senarai bantuan kewangan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button