BANTUANBKM

Pembayaran BKM Fasa 1 Bermula Bulan Mac 2022

Untuk pengetahuan umum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 yang mana telah diperkenalkan pada sidang Bajet 2022 oleh Kerajaan pada tahun lalu. BKM ini adalah salah satu insentig berbentuk kewangan yang telah menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Pengenalan BKM

Bantuan Keluarga Malaysia ini ialah merupakan bantuan berbentuk tunai lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan dan berpendapatan rendah bagi membantu meringankan pembelanjaan dan kos sara hidup pada tahun ini.

Kadar Bayaran BKM 2022

Bantuan ini disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang layak berdasarkan tingkat pendapatan yang telah ditetapkan iaitu RM 2,500 dan ke bawah dan RM 5,000 dan ke bawah. Di bawah telah disedikan jumlah pembayaran yang bakal diterima :

1-Kategori Isi Rumah – Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah

  • Tidak mempunyai tanggungan/ anak – RM 1,000
  • Mempunyai tanggungan / anak 1-2 – RM 1,500
  • Mempunyai tanggungan / anak melebihi 3 orang – RM 2,000

2-Kategori Isi Rumah – Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000

  • Tidak mempunyai tanggungan anak -RM 400
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 – RM 600
  • Mempunyai tanggungan anak melebihi 3 orang – RM 800

3-Kategori Bujang – Pendapatan RM 2,500 dan ke bawah

  • Bujang – RM 350

4-Kategori Warga Emas – Pendapatan RM 5,000 dan ke bawah

  • Warga Emas – Tiada pasangan – RM 600
Kaedah Pembayaran BKM 2022

Kaedah pembayaran BKM adalah sama seperti bantuan sebelum ini iaitu BPR dan BKC seperti berikut :

  • Pembayaran secara kredit ke akaun bank sedia ada dalam pengkalan data BKC / BPR sekiranya tiada kemaskini terbaru di buat
  • Pembayaran secara kredit ke akaun bank semasa terbaru yang telah di daftarkan dalam tempoh permohonan / kemaskini BKM
  • Pembayaran seccaran tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tarikh Pembayaran BKM 2022

Untuk maklumat, pembayaran BKM 2022 akan diagihkan mengikut Fasa. Jadual pembayaran akan mempunyai 4 fasa dalam tahun ini. Tarikh pembayaran BKM seperti di bawah :

  • Fasa 1 – Pada bulan Mac 2022
  • Fasa 2 – Pada bulan Jun 2022
  • Fasa 3 – Pada bulan September 2022
  • Fasa 4 – Pada bulan Disember 2022
Semakan BKM 2022

Pada masa yang sama, anda boleh membuat semakan status BKM anda secara atas talian melalui Portal Rasmi BKM :

  1. Sila layari Pautan Rasmi BKM – DI SINI
  2. Kemudian tekan butang ‘ Log Masuk BKM’
  3. Sila masukan ID dan kata laluan anda
  4. Teka pada butang semak status
  5. Status BKM 2022 anda akan dipaparkan
Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyak. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda memohon pada tahun ini, Sila ke Lama Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button