BANTUANBMTFASA 3

Bayaran Tambahan Fasa 3 Mula Dikreditkan Mac

Bayaran tambahan fasa 3 BMT akan mula dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Mac 2023 dan ini adalah bayaran peringkat akhir. Untuk sedia maklum, selain sumbagan tunai rahmah (STR) terdapat satu lagi inisiatif yang disediakan oleh kerajaan yang dibayar pada suku pertama tahun ini iaitu BMT.

BAYARAN TAMBAHAN FASA 3

Program bantuan musim tengkujuh (BMT) adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan bagi membantu golongan yang terjejas. Peruntukan sebanyak RM9.7 juta telah disediakan dan akan memberi manfaat kepada kira-kira seramai 12,138 penerima.

Jumlah bantuan BMT telah dinaikkan sebanyak RM800 berbanding tahun lalu RM600. Menurut Menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan BMT secara berperingkat (fasa) iaitu fasa 1 (Januari) RM300, fasa 2 (Februari) RM300 dan fasa 3 (Mac) RM200.

TARIKH BAYARAN BMT FASA 3

Untuk sedia makluman, bayaran tambahan fasa 3 BMT akan diberikan berjumlah RM200 secara kredit terus ke dalam akaun penerima yang layak bermula bulan Mac 2023 secara berperingkat.

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Semakan permohonan boleh dibuat melalui 2 kaedah yang elah disediakan oleh pihak RISDA seperti berikut :

  • Membuat semakan permohonan melalui portal rasmi BMT RISDA – DI SINI
  • Semakan secara menghubungi Pejabat RISDA dimana permohonan telah dilakukan.

SENARAI PENERIMA BMT 2023

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan penerima bantuan musim tengkujuh (BMT) berjumlah RM800 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan yang tempoh tanam semula bersama FELDA
  • Merupakan peneroka ladang getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Golongan yang tiada mendapat hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah

Nota : Penerima BMT tahun ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang terjejas terdiri daripada golongan peneroka tanaman getah. Kepada mereka yang berkelayakan boleh membuat semakan. Jika mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan BMT ini, sila hubungi talian khas BMT di – 03 4256 4022 atau hadi ke pejabat RISDA berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagaivinisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2023 selain bayaran tambahan fasa 3 BMT ini. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button