Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

FSA2 : Pengeluaran KWSP Fasa1 Dibenarkan Sebelum Aidilfitri

FSA2 : Pengeluaran KWSP Fasa1 telah dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan dan boleh dimohon sebelum aidilfitri tahun depan. Untuk makluman, inisiatif kemudahan pengeluaran khas ini telah mula dilaksanakan pada tahun ini.

FSA2 : PENGELUARAN KWSP FASA1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah inisiatif kemudahan pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) pada tahun ini. Program khas ini akan dilancarkan secara 2 fasa kepada pencarum yang berkelayakan dan berminat.

Melalui kemudahan ini, ahli (Pencarum) yang menepati terma dan syarat boleh membuat permohonan awal bersyarat 50 atau 55 tahun. Dengan adanya inisiatif istimewa ini dapat membantu ahli untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan secara one-off.

Untuk makluman, kemudahan ini akan memanfaatkan sekitar 4 juta pencarum KWSP dibawah umur 55 tahun yang berkelayakan. Apa yang menarik adalah kadar faedah konvensional atau kadar keuntungan (Islamik) yang dikenakan oleh pihak bank diantara 4% – 5% setahun.

Ini merupakan kadar yang jauh lebih rendah daripada daripada institusi perbankan yang mengenakan kadar pasaran pembiayaan peribadi sekitar 8% – 15%. Tujuan utama perlaksanaan FSA2 KWSP ini adalah bagi membantu ahli untuk mendapatkan pengeluaran pembiayaan peribadi dari bank.

KADAR PENGELUARAN FASA1 YANG DIBENARKAN

Bagi pengetahuan umum, pihak KWSP telah memaklumkan bahawa kadar pengeluaran bagi fasa1 melalui FSA2 yang dibenarkan adalah minimum RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000.

KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP FASA1

Bagi pengeluaran fasa1, syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pencarum KWSP
  3. Umur belum mencapai 55 tahun (Syarat Fasa1)
  4. Simpanan minimum akaun 2 : RM3,000
  5. Pengeluaran bersyarat maksimum : RM50,000
  6. Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  7. Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan sebelum aidilfitri tahun 2024 secara online. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button