Anak PeliharaBANTUANJKM

Program Bantuan Anak Pelihara : Berjumlah RM250 Sebulan

Program Bantuan Anak Pelihara adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan dalam skim bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Bagi pengetahuan umum, keluarga yang berkelayakan akan menerima insentif khas ini berjumlah RM250 sebulan.

PROGRAM BANTUAN ANAK PELIHARA

Pihak kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah insentif bulan yang dikenali sebagai bantuan anak pelihara. Ramai yang tidak tahu berkenaan program istimewa yang ditawarkan setiap tahun ini.

Program BAP atau bantuan anak pelihara ini merupakan satu insentif bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga yang mempunyai tanggungan. Anak-anak dibawah jagaan atau tidak mempunyai ibu bapa layak untuk mendapatkan insentif ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN ANAK PELIHARA

Pihak JKM telah menetapkan kadar pembayaran bantuan khas BAP ini pada kadar RM250 sebulan bagi setiap kanak-kanak. Manakala maksimum bayaran adalah RM500 sebulan jika isi rumah merangkumi 2 orang anak pelihara atau lebih.

Perlaksanaan program khas ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sepanjang tahun ini.

KELAYAKAN PROGRAM BANTUAN ANAK PELIHARA

Beberapa syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan manfaat dari bantuan khas BAP ini seperti berikut :

  • Diberikan keutamaan kepada kanak-kanak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa kandung
  • Kanak-kanak yang tidak diambil sebagai anak angkat dibawah undang-undang khusus
  • Mereka yang ditempatkan melalui program anak pelihara JKM dibawah perintah mahkamah mengikut akta kanak-kanak 2001.

Tujuan utama inisiatif bantuan anak pelihara ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu kanak-kanak yang berada dalam keadaan kurang berkemampuan. Dengan adanya insentif bulanan seperti ini dapat memastikan anak tersebut terus menetap dengan selesa bersama keluarga pelihara.

PANDUAN CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN

Kepada anda atau mempunyai kenalan yang menepati kelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan segera. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (BAP) – DI SINI

Borang permohonan juga boleh dimuat turun di portal rasmi JKM yang disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button