BANTUAN

Permohonan Bantuan Khas BISTARI RM 100 Dibuka

Pada tahun ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif kepada rakyat yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan pada tahun ini. Pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberikan pelbagai bantuan bagi membantu meringankan kos pembelanjaan pada tahun ini lebih-lebih kepada golongan berpendapatan rendah.

Sebuah Inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri atau lebih dikenali sebagai BISTARI telah diumumkan dengan kadar jumlah bantuan sebanyak RM 100 seorang kepada yang layak menerima bantuan ini.

Tarikh Permohonan Dibuka

Kepada individu yang menepati syarat kelayakan boleh membuat permohonan kini dibuka bermula 1 Januari 2022 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2022 (Sepanjang tahun ini).

Panduan Mohon Bantuan BISTARI

Bantuan ini sangat memberikan manfaat kepada penerima yang memerlukan. Jika anda berminat untuk membuat permohonan bantuan BISTARI ini, anda boleh mohon secara online – DI SINI

Selain itu anda juga boleh mohon secara mengisi borang dan sila menghantar bersama dokumen dokumen sokongan ke alamat yang telah disediakan seperti dibawah – BORANG BISTARI

Syarat Kelayakan BISTARI RM 100

Di bawah telah disediakan syarat dan kriteria berkenaan bantuan kewangan BISTARI seperti berikut :

  1. Bayi wajib bertatus warganegara Malaysia yang sah dan lahir pada tahun 2022
  2. Ibu bapa atau penjaga berasal dari negeri Sabah
  3. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima berumur 18 tahun
  4. Simpanan berbentuk kewangan sebanyak RM 100 akan terus dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Alamat Pejabat

Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas

Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu

Jalan UMS, Teluk Likas

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BISTARI ini, anda boleh rujuk di media sosial Facebook (Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas) atau menghubungi di talian – 088 369872 / 012 866 2419.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan khususnya insentif berbentuk kewangan kepada keluarga Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan kewangan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button