BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

Bayaran Bantuan Tunai STR RM600 & RM900 :Untuk Kategori B40

Bayaran bantuan tunai STR Fasa 4 RM600 & RM900 akan dikreditkan bagi kategori isi rumah B40, kadar bayaran mengikut bilangan anak. Untuk makluman, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah kini berbaki fasa keempat sahaja.

BAYARAN BANTUAN TUNAI STR

Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Program STR ini melibatkan 3 kategori penerima utama iaitu bujang, isi rumah dan warga emas.

Kadar bantuan STR ditentukan mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak. Jumlah tertinggi bantuan adalah sehingga RM2,500 dan tambahan bantuan SARa RM600 untuk isi rumah miskin tegar.

Buat masa ini, pembayaran bagi STR fasa pertama sehingga fasa ketiga telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun 2023. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat penting yang perlu diketahui berkenaan STR fasa 4.

JADUAL BAYARAN STR FASA 4

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bayaran bantuan tunai STR fasa ke 4 akan mula diagihkan pada :

  • Bulan November 2023

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

STR fasa 4 hanya akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas sahaja. Kadar bayaran mengikut kategori telah disediakan seperti berikut :

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH B40 (RM2,500)

  • RM200 – Tiada anak
  • RM600 – Mempunyai tanggungan anak (1-2)
  • RM900 – Mempunyai tanggungan anak (3-4)
  • RM1,200 – Mempunyai tanggungan anak (5 dan ke atas)

ISI RUMAH M40 (RM5,000)

  • RM0 (Tiada bayaran) – Tiada anak
  • RM0 (Tiada bayaran) – Mempunyai tanggungan anak (1-2)
  • RM300 – Mempunyai tanggungan anak (3-4)
  • RM500 – Mempunyai tanggungan anak (5 dan ke atas)

Nota : Kepada kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran bagi STR fasa 4. Hal ini kerana jumlah RM350 telah selesai dibayar sehingga fasa ketiga lalu.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR

Kepada penerima sedia ada dan permohonan rayuan yang dilakukan pada bulan Mac lalu. Semakan status boleh dilakukan secara online, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button