BANTUANBAPPemberian

Rasmi : Pemberian BAP RM150 akan Selesai Dibayar 11 Februari

Rasmi : Pemberian BAP RM150 yang merupakan bantuan tunai one-off akaun selesai dibayar berpertingkat sehingga 11 Februari ini. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu peruntukan dalam Belanjawan 2024.

RASMI : PEMBERIAN BANTUAN BAP RM150

Kepada yang terlepas pandang, pada bulan ini pembayaran bantuan tunai bernilai RM150 secara one-off telah mula disalurkan berperingkat mengikut kawasan. Program Bantuan Awal Persekolahan pada tahun ini melibatkan sekitar 700 juta peruntukan.

Pemberian insentif khas ini akan memberi manfaat kepada 5 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar/ murid seluruh negara. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan iaitu Fadhlina Sidek, bantuan disalurkan menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Beliau juga memaklumkan bahawa pemberian amaun bantuan RM150 ini tidak boleh dipotong oleh pihak sekolah. Walaupun untuk tujuan pemotongan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), bantuan perlu diberikan terus kepada pelajar.

Sekiranya berlaku bantuan tidak diterima sepenuhnya pada kadar RM150, ibu bapa boleh melaporkan perkara ini kepada pihak kementerian. Dengan adanya insentif tambahan seperti ini dapat membantu meringankan beban keluarga bagi persiapan awal persekolahan sesi tahun ini.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BAP RM150

Antara syarat kelayakan asas bagi menerima insentif istimewa Bantuan Awal Persekolahan RM150 one-off ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan murid/ pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau setaraf dengannya
  • Sesi persekolahan tahun 2024

TARIKH BAYARAN PEMBERIAN BAP RM150 TAHUN 2024

Seperti sedia maklum, pembarian bantuan khas BAP telah mula diagihkan secara berperingkat mengikut kawasan seluruh negara bermula awal Januari lalu. Pembayaran akan selesai selewat-lewatnya pada 11 Februari 2024.

Kepada ibu bapa yang belum menerima insentif ini, kalian boleh kemukakan pertanyaan pada pihak sekolah anak masing-masing. Untuk ketahui intipati inisiatif yang telah dibentangkan, sila rujuk laman rasmi utama – Belanjawan 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button