BANTUANBKMKerajaan

Kemaskini Maklumat Asas Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga 29 September 2022

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui laman media sosial Facebook baru sahaja mengumumkan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah memasuki fasa pembayaran buat kali ke 3.

Pengumuman adalah berkenaan pengemaskinian asas maklumat peribadi permohonan BKM bagi tahun 2022. Menurut LHDN, kepada penerima BKM kini sudah boleh membuat kemaskini asas permohonan lulus BKM masing-masing.

Untuk makluman lebih tepat, kemaskini ini adalah untuk penerima BKM dan bukan kepada individu yang mengemukakan rayuan kepada LHDN.

TARIKH KEMASKINI BKM

Bagi tarikh kemaskini BKM dibuka bermula 12 September sehingga 29 September 2022. Peringatan, kemaskini ini dibuka adalah secara terhad bagi pengemaskinian maklumat seperti di bawah:

  • Alamat e-mel semasa
  • Nombor telefon bimbit
  • Nombor telefon rumah
  • Maklumat asas wakil

KEMASKINI MAKLUMAT ASAS BKM SECARA ONLINE

Sebarang kemaskini maklumat BKM boleh dibuat secara online. Sila layari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI , kemudian sila log masuk ke dalam sistem MYBKM dengan cara masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah anda daftarkan. Sila masukan maklumat baru anda sekiranya anda pengemaskinian maklumat terbaru.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022, selain BKM, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pakej bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama kepada golongan miskin dan b40. Jika anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button