FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Terkini : Pengeluaran FSA2 KWSP Boleh Dilakukan Pada Bulan Ini

Terkini : Pengeluaran FSA2 KWSP bagi fasa pertama (1) boleh dilakukan pada bulan ini oleh pencarum yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk sedia maklum, ini merupakan salah satu inisiatif kemudahan pengeluaran yang diperkenalkan pada tahun ini.

TERKINI : PENGELUARAN FSA2 KWSP (FASA 1)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada ahli. Salah satu inisiatif yang baru diperkenal dan dilancarkan pada tahun ini adalah pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2.

Skim pengeluaran FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan syarat kelayakan yang berlainan. Bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1, permohonan telahpun dibuka bermula 7 April lalu dan sehingga hari ini masih boleh kemukakan permohonan.

Tujuan utama FSA2 ini diperkenalkan adalah bagi membantu mereka (pencarum) untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Dengan adanya kemudahan ini membolehkan ahli KWSP untuk membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat.

JUMLAH PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN

Bagi pengeluaran FSA2 fasa pertama ini, kadar jumlah yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000 secara one-off. Jumlah adalah bergantung kepada baki simpanan akaun 2 dan kelulusan dari pihak bank.

Buat masa ini FSA2  KWSP (fasa 1), institusi perbankan yang terlibat hanya ada 2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pengeluaran fasiliti sokongan akaun 2 fasa kedua akan dimaklumkan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP

Berikut adalah kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan pihak berwajib seperti di bawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Umur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan secara online (sekali sahaja)
  • Mematuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak bank
  • Mempunyai minimum baki dalam akaun 2 : RM3000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000

PANDUAN CARA DAFTAR PERMOHONAN FSA2 KWSP

Untuk pengetahuan umum, permohonan pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 ini dibuka sepanjang tahun ini dan boleh dimohon secara online. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai jenis dan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button