BANTUANe-DompeteTunaiKredit

E-Tunai : Pemberian Kredit RM100 Khas Untuk Rakyat Malaysia

E-Tunai : Pemberian Kredit RM100 secara percuma khas untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan keatas. Perlaksanaan inisiatif istimewa ini akan dilancarkan tidak lama lagi pada suku keempat tahun ini.

E-TUNAI : PEMBERIAN KREDIT RM100

Semasa sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah lagi bantuan untuk rakyat. Program pemberian bantuan kredit e-dompet akan diberikan secara percuma kepada kategori dewasa.

Sebelum ini bantuan edompet ebelia rahmah telah dilancarkan pada bulan Jun sehingga Ogos lalu. Bantuan e-tunai tersebut diberikan kepada golongan belia mahasiswa pada kadar RM200 seorang.

Atas dasar keprihatinan, kerajaan perpaduan bersetuju untuk memberikan insentif khas ini kepada kumpulan dewasa pula. Kadar yang bakal diberikan adalah sebanyak RM100 one-off dan boleh ditebus melalui aplikasi edompet.

SYARAT KELAYAKAN PEMBERIAN KREDIT E-TUNAI

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan kredit e-tunai RM100 ini adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Kumpulan B40 dan M40
  3. Berumur 21 tahun dan keatas
  4. Pendapatan dibawah RM100,000 setahun

TARIKH PEMBERIAN KREDIT E-TUNAI RM100

Baru-baru ini pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan khas ini akan mula dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Ini bermakna ia akan dilaksanakan seawal bulan ini (Oktober) selewatnya pada bulan Disember 2023.

Segala maklumat berkenaan bantuan e-tunai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat. Inisiatif khas ini sudah termasuk dalam belanjawan 2023 yang memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam golongan B40 dan miskin.

Info : Kepada mereka yang menepati kelayakan, kredit RM100 e-tunai ini boleh ditebus secara online sama seperti eBeliaRahmah 2023. Penebusan bantuan kredit ini boleh dilakukan melalui aplikasi e-dompet seperti Touch N go ewallet, Grabpay dan sebagainya.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button