BANTUAN

SBKP 2022 : Bantuan Kewangan RM 500 Bagi Golongan Bumiputera

Pada tahun 2022, Pihak Kerajaan serta Pihak Yayasan telah melancarkan pelbagai Bantuan khususnya berbentuk kewangan. Bantuan kewangan begitu bermakna bagi sesetengah individu atau keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringankan beban dan kos sara hidup pada tahun ini.

Terdapat bantuan yang baru dilancarkan pada tahun ini dan juga tidak ketinggalan bantuan sedia ada yang diteruskan pada tahun ini. Salah satu insentif yang masih diteruskan dan dipercayai dapat membantu sedikit sebanyak dari aspek kewangan iaitu Skim Bantuan Khas Pendidikan atau dikenali sebagai SBKP. Ramai yang terlepas pandang berkenaan wujudnya bantuan ini untuk golongan Bumiputera. Di bawah telah disediakan maklumat penuh berkenaan Bantuan Khas ini.

Info SBKP

Pihak Yayasan Pelajaran MARA telah mewujudkan Program Bantuan Khas Pendidikan YPM bagi tujuan dapat membantu para pelajar yang ditimpa bencana atau kemalangan terutama untuk golongan Bumiputera. Bantuan ini mensasarkan golongan pelajar bumiputera bagi melanjutkan pengajian termasuk di peringkat sekolah dan mana-mana institusi pendidikan yang ada.

Syarat Kelayakan Bantuan SBKP

Berikut telah di sediakan syarat kelayakan wajib kepada pemohon :

  • Bestatus Warganegara Malaysia
  • Sedang melanjutkan pelajaran di Institusi pendidikan atau sekolah kerajaan serta swasta
  • Pernah mengalami kemalangan / bencana atau kesukaran dalam pembelajaran
Kadar Bantuan SBKP

1-Bantuan Kewangan

  • Maksimum jumlah kewangan bagi setiap isi rumah ialah terhad sebanyak RM 500 mengikut budi bicara Pihak  YPM berdasarkan laporan penilaian yang telah dikemukakan

2-Bantuan Peralatan, Pakaian serta kemudahan pelajaran

  • Jumlah bantuan kewangan akan diberikan mengikut keperluan asas seperti barangan peralatan, pakaian serta kemudahan yang telah hilang atau rosak
  • Bantuan akan diberikan mengikut dasar jumlah keperluan penerima – tertakluk pada perolehan proses Pihak YPM
Panduan Mudah Permohonan SBKP

Jika anda menepati syarat kelayakan dan berminat untuk membuat permohonan secara mengemukan permohonan bertulis dan menghantar ke alamat yang disediakan di bawah untuk tujuan pengesahan.

Seksyen Bantuan Persekolahan

Yayasan Pelajaran MARA,

Tingkat 18 Menara MARA,

No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,

50100 Kuala Lumpur

No. Telefon – 603 2692 7273

Senarai Bantuan Tahun 2022

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat banyak bantuan tambahan telah di lancarkan oleh pihak kerajaan dan yayasan khususnya berbentuk kewangan. Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan yang ada pada tahun ini, anda bole ke laman utam yang telah disediakan untuk menyak senarai bantuan yang anda berkelayakan untuk membuat permohonan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button