BANTUANFasa 4STR

Bantuan STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Bantuan STR fasa 4 adalah merupakan pembayaran peringkat terakhir bagi pemberian Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023. Untuk sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini diberikan secara berfasa dan melibat jumlah bantuan berbeza mengikut kategori kelayakan.

BANTUAN STR FASA 4

Terdapat beberapa perkaran yang perlu orang awam tahun berkenaan pembayaran STR fasa 4 (fasa akhir) untuk penerima sedia ada. Bayaran fasa 4 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas sahaja, bagi kategori bujang pembayaran hanya dibayar bagi fasa 1 sehingga fasa 3 sahaja.

KADAR BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Di bawah telah dikongsikan maklumat berkenaan kadar jumlah bayaran fasa terakhir mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI BUJANG 

  • Tiada bayaran (bayaran akhir pada fasa ketiga)

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN (RM2,500 KE BAWAH)

  • RM200 (Tiada anak)
  • RM600 (1-2 orang anak)
  • RM900 (3-4 orang anak)
  • RM1,200 (5 dan lebih orang anak)

ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN (RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada bayaran (Tiada anak)
  • Tiada bayaran (1-2 orang anak)
  • RM300 (3-4 orang anak)
  • RM500 (5 dan lebih orang anak)

BANTUAN TAMBAHAN

  • Bantuan bakul dan makanan asas bernilai RM600 diberikan kepada keluarga berstatus miskin tegar melalui data portal eKasih.

JADUAL BAYARAN STR FASA 4

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran fasa keempat (4) peringkat terakhir akan mula disalurkan pada bulan November 2023. Pembayaran akan diagihkan secara berperingkat sama seperti fasa sebelumnya.

Untuk makluman, bayaran str mengikut fasa adalah pada bulan Januari, April, Julai dan November 2023. Kaedah pemberian bantuan STR adalah secara kredit terus ke dalam akaun dan tebus tunai bagi penerima tiada kad bank.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2023

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran baru, anda boleh semak status bayaran STR secara atas talian (online). Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk informasi lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button