BANTUANe-DompeteTunai

Bantuan Kredit EDompet RM200 Tahun 2023

Bantuan kredit edompet adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan e-tunai belia rahmah berjumlah RM200 yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, bantuan khas ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada sidang Belanjawan 2023 Februari lalu.

 BANTUAN KREDIT EDOMPET 

Inisiatif bantuan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan selaku Menteri kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu dalam sidang dewan rakyat. Program kredit e-tunai belia rahmah ini adalah bantuan kredit edompet bernilai RM200 yang diberikan secara one-off.

Bantuan khas ini ditawarkan kepada golongan bujang belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dengan tujuan utama memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Tambahan baru-baru ini Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa bantuan ewallet ini akan diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur.

Untuk makluman umum, bantuan e-tunai rahmah 2023 telah dijenama semula, sebelum ini dikenali bantuan eBelia 2021 dan ePemula 2022. Kadar bantuan juga telah dinaikkan kepada RM200 berbanding tahun lalu RM150.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan syarat kelayakan bantuan e-tunai belia rahmah 2023 seperti di bawah :

  • Bantuan ditawarkan kepada warganegara  Malaysia sahaja
  • Individu mencapai umur 18 hingga 20 tahun
  • Bakal diberikan kepada mahasiswa tanpa mengira had umur
  • Merupakan pelajar sepenuh masa diperingkat setara diploma dan keatas di institusi pengajian tinggi (IPT)

KADAR BANTUAN

Seperti sedia maklum, kadar bayaran bantuan e-tunai belia rahmah telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Jumlah bayaran yang ditawarkan adalah berjumlah RM200 secara one-off setiap seorang.

PENYEDIA PERKHIDMATAN

Dijangkakan beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat seperti tahun lalu dalam program bantuan edompet seperti berikut :

  • BigPay
  • GrabPay
  • ShopeePay
  • Touch N Go eWallet

CARA PERMOHONAN

Seperti tahun lalu, bantuan edompet ePemula mula dilaksanakan pada bulan April 2022. Bagi bantuan e-tunai rahmah 2023 masih belum diumumkan tarikh perlaksanaan, dijangka akan mula dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Segala maklumat terkini BELANJAWAN 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan selain daripada bantuan edompet ini bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button