BANTUANePemulaeWallet

E-Wallet : Bantuan Untuk Belia B40 RM 200

Bantuan E-Wallet adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan dari pihak Kerajaan. Bantuan ini termasuk dari sebahagian insentif kepada golongan B40 terutama golongan belia.

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenal dan dilancarkan pada tahun ini untuk semua golongan. Pada tahun ini, bantuan berbentuk kewangan lebih diutamakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak stabil.

E-WALLET UNTUK GOLONGAN BELIA B40

Pihak kerajaan telah melaksanakan program bantuan pemula e-tunai ini sejajar dengan bantuan lain. Untuk sedia maklum, bantuan e-Wallet ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan masih diteruskan pada tahun ini dan hadapan. Bantuan ini bagi membantu golongan belia yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Secara keseluruhan jumlah, peruntukkan bagi bantuan e-wallet ini melibatkan kira-kira RM 400 juta bagi memberikan manfaat kepada golongan b40 belia pada tahun 2023.

SYARAT KELAYAKAN

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan e-wallet RM 200 seperti berikut:

  • Individu / golongan belia b40 yang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
  • Belia yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Awam

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan bantuan kerajaan, anda boleh semak – DI SINI

KADAR JUMLAH BANTUAN

Berita gembira, kadar bantuan e-wallet ini telah ditambah RM 200 berbanding tahun sebelum ini iaitu RM 150. Pihak kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah bantuan bagi seiring dengan peredaran masa.

PANDUAN TEBUS BANTUAN

Untuk golongan belia, anda boleh mendapatkan bantuan e-wallet pemula ini secara tebus melalui perkhidmatan yang terlibat di platform seperti berikut:

  • ShopeePay
  • BigPay
  • Touch n Go
  • GrabPay

Peringatan, setiap individu hanya boleh tebus bantuan ini di mana-mana platform perkhidmatan e-tunai di atas hanya 1 pilihan sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan e-wallet RM 200 ini, pelbagai bantuan baru yang akan dilaksanakan pada tahun 2023. Untuk semakan bantuan yang telah diumumkan pada sidang bajet 2023, anda boleh layari portal rasmi – SEMAK DISINI untuk semakan dan rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button