BANTUANFasa 4MySTR

MySTR : Semakan Kadar Bayaran Fasa Ke 4 Mengikut Kategori

MySTR : Semakan Kadar Bayaran Fasa ke 4 mengikut kategori kini telah dimaklumkan dan boleh disemak oleh penerima STR. Bagi sedia maklum, inisiatif khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023.

MYSTR : SEMAKAN KADAR BAYARAN

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah. Pengagihan disalurkan melalui 4 fasa pembayaran yang melibatkan kategori penerima bujang, warga emas dan isi rumah.

Menerusi program pemberian STR, jumlah bayaran yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 dan tambahan RM600 untuk bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Kadar bayaran dikreditkan mengikut status kelayakan kategori penerima.

Bayaran bagi fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun 2023. Hanya berbaki fasa ke 4 Sumbangan Tunai Rahmah yang dijadualkan mula diberikan pada bulan November nanti.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Bagi pengetahuan umum, kepada penerima MySTR yang telah berjaya kredit bagi fasa 1 hingga fasa 3. Kadar bayaran bagi fasa 4 akan dikreditkan sehingga RM1,200 dan jumlah bergantung mengikut kategori masing-masing seperti di bawah :

KATEGORI KELUARGA (ISI RUMAH B40) PENDAPATAN RM2,500

  • Tidak mempunyai anak : RM200
  • Mempunyai anak dengan bilangan (1-2) : RM600
  • Mempunyai anak dengan bilangan (3-4) : RM900
  • Mempunyai anak dengan bilangan (5 ke atas) : RM1,200

KELUARGA (ISI RUMAH M40) PENDAPATAN RM5,000

  • Tidak mempunyai anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai anak dengan bilangan (1-2) : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai anak dengan bilangan (3-4) : RM300
  • Mempunyai anak dengan bilangan (5 ke atas) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200

BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • Tiada bayaran (RM0)

SEMAKAN STATUS BAYARAN

Setiap rakyat Malaysia kini boleh membuat semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut fasa secara atas talian. Untuk semakan, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

Nota : Kepada penerima STR yang berstatus tidak lulus semasa bayaran fasa 3 dan telah membuat rayuan. Bagi mereka yang berjaya akan menerima baki bayaran STR semasa pemberian fasa keempat nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan pada tahun ini bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button