BANTUANMENU RAHMAH

Program Menu Rahmah RM 5 Untuk Semua

Program menu rahmah ini merupakan inisiatif untuk semua telah dilaksanakan bermula 31 Januari 2023. Untuk sedia maklum, perlancarkan telah dibuat oleh Menteri perdagangan dan negeri dan kos sara hidup. Iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya Selangor, baru-baru ini.

PROGRAM MENU RAHMAH

Prgram khas ini adalah merupakan menu makanan tengah hari dan malam yang seimbang merangkumi pilihan nasi, protien (ayam/ ikan) serta sayur. Menu rahmah menawarkan kadar harga yang sangat murah dan berpatutan iaitu pada harga RM5 sahaja untuk sepinggan.

Perlaksanaan menu rahmah ini sangat memberi manfaat kepada golongan B40 dan miskin. Perkara ini secara tidak langsung dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat pada masa kini terutama kepada golongan rakyat yang terkesan dengan kenaikkan harga makanan.

Untuk sedia maklum, program menu rahmah ini merupakan hasil kerjasama antara pihak kerajaan dan wakil industri makanan dan minuman. Program ini juga akan diperluaskan dalam masa terdekat.

MENU RAHMAH DI MYDIN

Kini anda boleh menjamu selera untuk makanan tengah hari atau malam dengan harga RM5 sepinggan di mana-mana cawangan MYDIN terpilih. Berikut adalah jadual menu rahmah MYDIN mengikut hari seperti dibawah :

MENU RAHMAH MYDIN (ISNIN)

  • 1 nasi putih
  • Lauk ayam masak kicap
  • Air minuman botol 500ml
  • Kacang panjang goreng

(SELASA)

  • 1 nasi putih
  • Lauk ikan kembung goreng
  • Lauk tauge masak lemak
  • Air minuman botol 500 ml

(RABU)

  • 1 nasi putih
  • Lauk ayam goreng kunyit
  • Lauk bayam goreng
  • Air minuman botol 500ml

(KHAMIS)

  • 1 nasi putih
  • Lauk ikan sambal
  • Lauk kobis goreng
  • Air minuman botol 500 ml

(JUMAAT)

  • 1 nasi putih
  • Lauk ayam kari
  • Lauk tauge goreng
  • Air minuman botol 500 ml

(SABTU)

  • 1 nasi putih
  • Lauk ikan masak kicap
  • lauk kangkung goreng belacan
  • Air minuman botol 500 ml

(AHAD)

  • 1 nasi putih
  • Lauk ayam sambal
  • Lauk kobis goreng
  • Air minuman botol 500ml

Kini kepada semua yang ingin berbelanja barang keperluan boleh dapatkan makanan menu rahmah RM5 ini di pasaraya MYDIN terpilih. Dimaklumkan program menu rahmah ini mendapat sambutan yang memberansangkan.

INISIATIF LAIN

Selain program menu rahmah, terdapat inisiatif lain yang akan menyusul selepas ini seperti berikut :

  1. Bantuan bakul rahmah – Untuk keluarga miskin tegar
  2. Kafe rahmah – Bakal dilaksanakan di Universiti tempatan dengan kadar diskaun sehingga 50%
  3. Pakej rahmah – Bantuan meliputi 12 barang keperluan asas.

Untuk semak maklumat lebih terperinci, sila layari laman rasmi MYDIN – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada inisiatif khas ini, terdapat pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan pada tahun 2023. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button