BANTUANBKMFasa 2

BKM Fasa 2 : Semakan Kategori Dan Jadual Bayaran

Melalui pengumuman sidang Bajet 2022, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa kadar jumlah bayaran Program Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah berbeza mengikut kategori yang ada.

Program bantuan BKM ini merangkumi kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga emas. Kepada penerima BKM untuk individu atau golongan yang berpendapatan RM 2500 kebawah dan pendapatan RM 2500 hingga RM 5000.

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 1 sudah selesai disalurkan pada 28 Mac 2022 yang lalu secara berperingkat. Kini ramai yang sedang menunggu pembayaran bagi BKM Fasa 1 yang tidak lama lagi diberikan.

Jadual Bayaran BKM Fasa 2

Untuk Fasa 2 BKM, pembayaran akan disalurkan bermula pada bulan Jun dan dijangkakan pada penghujung bulan Jun secara berperingkat. Bagi makluman, tiada tarikh rasmi lagi pembayaran fasa 2. Jangan risau, pihak kami akan kemaskini maklumat terkini berkenaan BKM.

Kategori Penerima Bayaran BKM Fasa 2

  • Kategori Isi Rumah Warga Emas 60 tahun ke atas : RM 200 sehingga RM 400 (Bergantung jumlah bilangan tanggungan anak)
  • Kategori Isi Rumah : RM 100 sehingga RM 400 (Bergantung jumlah bilangan tanggungan anak)
  • Kategori Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak : RM 150
  • Kategori Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal : RM 300 sehingga RM 400 (Bergantung jumlah bilangan tanggungan anak)
  • Bagi kategori Bujang, tidak ada bayaran pada Fasa 2. Pembayaran kategori bujang hanya akan diberikan pada Fasa 1 (RM 200) dan Fasa 3 (RM 150)

Informasi Tambahan

Selain daripada skim bantuan BKM, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2022 bagi membantu meringankan beban rakyat terutama yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

Bayaran BKM Tambahan RM 500

Sekiranya anda terlepas pandang, pihak Kerajaan telah mengumumkan adanya bayaran tambahan BKM sebanyak RM 500 yang akan diberikan kepada kategori yang layak. Anda disarankan untuk semak status BKM anda jika layak menerima bayaran BKM tambahan RM 500, sila layari Laman Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

Tarikh Permohonan Rayuan BKM 

Bagi individu yang tidak lulus menerima BKM, permohonan rayuan BKM dibuka bermula 2 Mei sehingga 2 Jun 2022. Sebarang permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi BKM.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button