FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Skim Pengeluaran FSA2 KWSP : Dibenarkan Pada Bulan Mac Ini

Skim Pengeluaran FSA2 KWSP minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 dibenarkan pada bulan Mac ini kepada ahli yang memerlukan. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini telah diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada para pencarum KWSP.

SKIM PENGELUARAN FSA2 KWSP 2024

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah skim kemudahan pengeluaran yang dikenali sebagai fasiliti sokongan akaun 2. Pengeluaran melalui skim FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan kadar dan kriteria kelayakan yang berbeza.

Kemudahan pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP ini diadakan adalah bagi tujuan membantu ahli yang berkelayakan mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Pengeluaran untuk tujuan peribadi boleh dilakukan dengan permohonan awal bersyarat 50 atau 55 tahun.

Buat masa ini sepanjang bulan Mac 2024, permohonan pengeluaran FSA2 KWSP fasa pertam (1) boleh dikemukan oleh para pencarum yang layak. Kepada pemohon yang lulus, amaun pembiayaan pengeluaran akan diterima secara one-off.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP (FASA 1)

Pihak KWSP telah menetapkan kadar minimum pengeluaran yang dibenarkan adalah serendah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000 secara one-off.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP

Beberapa kriteria syarat-syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi permohonan skim pengeluaran khas bersyarat FSA2 KWSP seperti berikut :

  • Ditawarkan kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP yang berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  • Mempunyai baki minimum simpanan dalam akaun 2 KWSP : RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank.

CARA DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KWSP

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada bulan ini bagi mendapatkan skim pembiayaan yang ditawarkan. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (Fasa 1)

Pilihan institusi yang terlibat dalam pengeluaran khas KWSP melalui FSA2 Fasa 1 adalah seperti dibawah :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • MBSB Bank

Untuk makluman, dijangkakan butiran berkenaan pengeluaran FSA2 KWSP fasa kedua (2) akan diumumkan pada tahun ini. Segala maklumat terkini berkenaan FSA2 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button