BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Bayaran Fasa Keempat Akan Dibayar Tidak Lama Lagi

MySTR : Bayaran Fasa Keempat Sumbangan Tunai Rahmah akan dibayar tidak lama lagi kepada rakyat Malaysia. Untuk makluman, kerajaan telah memaklumkan pemberian fasa 4 STR akan mula diagihkan pada November 2023.

MYSTR : BAYARAN FASA KEEMPAT

Seperti sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri semasa sidang Belanjawan 2023. Inisiatif STR ini adalah merupakan bantuan berbentuk kewangan yang diberikan kepada golongan miskin, B40 dan M40.

Untuk pengetahuan, pembayaran bagi MySTR fasa 1 sehingga fasa 3 telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun 2023. Kini berbaki fasa 4 sahaja yang akan diberikan pada tahun ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada fasa keempat, kategori penerima yang akan terlibat adalah isi rumah (keluarga) dan warga emas sahaja. Bagi kategori bujang, mereka tidak akan menerima bayaran pada fasa ke 4 nanti kerana bayaran telah dilunaskan sehingga fasa 3 sahaja.

KADAR BAYARAN FASA KEEMPAT MENGIKUT KATEGORI

Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran yang akan diberikan kepada penerima STR bagi fasa 4 nanti adalah sehingga RM1,200. Jumlah bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori penerima adalah seperti berikut :

(KATEGORI ISI RUMAH B40) – PENDAPATAN RM2,500

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai bilangan tanggungan anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai bilangan tanggungan anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai bilangan tanggungan anak (5-keatas) : RM1,200

(ISI RUMAH M40) – PENDAPATAN RM5,000

  • Tiada anak : RM0
  • Mempunyai bilangan tanggungan anak (1-2) : RM0
  • Mempunyai bilangan tanggungan anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai bilangan tanggungan anak (5-keatas) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)

  • RM200 setiap seorang

Info : Bilangan tanggungan anak bermaksud isi rumah yang mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan masih dalam tanggungan.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Kepada mereka yang terlepas pandang, bermula Julai 2023 kerajaan telah mula mengagihkan bantuan sumbangan asas rahmah (SARA) berjumlah RM600. Bantuan khas ini dikreditkan RM100 setiap bulan sehingga Disember kepada penerima STR yang berstatus miskin tegar.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2023

Kepada penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan dan kemaskini secara online. Untuk semak status bayaran, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button