BANTUANBMTMusimtengkujuhRISDA

BMT : Bantuan Tunai RM800 Mula Dikreditkan Bulan Depan

BMT : Bantuan Tunai RM800 adalah merupakan sebuah inisiatif khas yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Pemberian insentif ini akan mula dikreditkan pada bulan depan iaitu November 2023.

BMT : BANTUAN TUNAI RM800

Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat iaitu program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Apa yang menarik adalah bantuan ini terus dilaksanakan pada tahun ini dengan penambahan kadar dari RM600 kepada RM800.

Bayaran akan dilakukan secara berperingkat selama 4 bulan bermula November ini sehingga Februari 2024. Inisiatif khas kerajaan ini diberikan bertujuan membantu meringankan beban mereka yang terjejas pada musim tengkujuh kebiasaannya pada hujung tahun.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI BMT RM800

Kepada mereka yang layak, pembayaran akan dikreditkan secara berperingkat (fasa) seperti berikut :

  • November 2023 : RM200
  • Disember 2023 : RM200
  • Januari 2024 : RM200
  • Februari 2024 : RM200

Jumlah keseluruhan Bantuan Musim Tengkujuh tahun ini adalah RM800.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BMT 2023

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program bantuan BMT 2023 seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Satu (1) slot hanya untuk seorang penerima sahaja yang layak menerima insentif
  3. Pekebun kecil atau penoreh getah (Layak menerima bantuan sekali sahaja)
  4. Berdaftar dengan RISDA
  5. Keluasan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
  6. Mempunyai kad permit autogriti getah (PAT-G) yang masih aktif dan sah ketika permohonan dikemukakan.

SEMAKAN STATUS BMT

Kepada mereka yang berkelayakan boleh membuat semakan status permohonan. Maklumat lengkap berkenaan bantuan musim tengkujut boleh dirujuk di laman rasmi BMT RISDA – DI SINI

Info : Untuk makluman umum, pemberian khas bantuan BMT ini keutamaan kepada rakyat yang terdiri daripada kumpulan penoreh getah dan pekebun kecil. Insentif ini adalah bagi meringankan beban kewangan mereka semasa menghadapi musim tengkujuh.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BMT, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif yang telah ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas dan memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button