BANTUANSTRSTR Tambahan

Kelayakan Penerima STR Tambahan : Bantuan Berjumlah RM600

Kelayakan penerima STR tambahan adalah terdiri daripada golongan isi rumah Sumbangan tunai rahmah tahun ini. Untuk makluman, pada pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu pihak kerajaan telah mengumumkan tambahan bantuan STR berjumlah RM600.

KELAYAKAN PENERIMA STR TAMBAHAN

Bagi yang terlepas pandang, pemberian Sumbangan tunai rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah merupakan bantuan berbentuk kewangan yang diperkenalkan pada tahun ini. Kategori penerima STR terdiri daripada golongan warga emas, bujang dan isi rumah.

Namun terdapat 1 lagi bantuan tambahan berbentuk bakul makanan dan baucar makanan asas bernilai RM600. Inisiatif tambahan ini ditawarkan kepada penerima STR sedia ada bagi kategori isi rumah yang merupakan keluarga miskin tegar.

Kepada golongan berkeluarga yang kurang bernasib baik dalam kewangan, anda boleh semak sama ada layak atau tidak mendapatkan bantuan tambahan ini melalui semakan e-kasih.

JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI

Untuk makluman, pembayaran STR tahun ini dijalankan secara berperingkat melalui 4 fasa bayaran. Berikut dikongsikan jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut kategori kelayakan (jadual berfasa).

KATEGORI BUJANG (RM350)

  • Fasa 1 : RM100
  • Fasa 2 : RM100
  • Fasa 3 : RM150
  • Fasa 4 : Tiada pembayaran

WARGA EMAS SEBATANG KARA (RM600)

  • Fasa 1 : RM100
  • Fasa 2 : RM100
  • Fasa 3 : RM200
  • Fasa 4 : RM200

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN RM2,500 KEBAWAH (RM1,000 – RM2,500)

  • Fasa 1 : RM300
  • Fasa 2 : RM200
  • Fasa 3 : RM300 – RM800 (Kadar bayaran mengikut bilangan tanggungan anak)
  • Fasa 4 : RM200 – RM1,200 (Kadar bayaran mengikut bilangan tanggungan anak)

ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000 (RM500 – RM1,250)

  • Fasa 1 : RM300
  • Fasa 2 : RM300
  • Fasa 3 : RM150 – RM250 (Kadar bayaran mengikut bilangan tanggungan anak)
  • Fasa 4 : RM300 – RM500 (Kadar bayaran mengikut bilangan tanggungan anak)

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Untuk sedia maklum, proses pembayaran STR fasa 2 sedang dijalankan bermula 5 April. Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan penerima STR tambahan atau semak status terkini STR anda, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR fasa 2, terdapat bayaran bantuan lain yang diberikan pada bulan ini sempena perayaan aidilfitri. Bagi yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan tunai yang disalurkan pada bulan April yang berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button