BANTUANFasa 2STR 2024

Bantuan Tunai RM100 – RM650 Akan Selesai Dibayar Pada 9 April

Bantuan Tunai RM100 – RM650 telahpun mula disalurkan secara berperingkat dan akan selesai dibayar pada 9 April ini. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan dibawah Belanjawan 2024.

BANTUAN TUNAI RM100 – RM650

Seperti sedia maklum, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Program istimewa ini akan diberikan melalui 4 fasa pembayaran dalam tempoh pada tahun ini.

Bagi bayaran fasa pertama yang diberikan pada 29 Januari lalu telah melibatkan kadar bayaran dari RM100 sehingga RM500. Pada waktu ini sedang dilakukan pengagihan bayaran bantuan tunai STR fasa kedua yang melibatkan kadar RM100 – RM650.

Kategori yang terlibat adalah belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah bergantung kelayakan kategori dan bilangan anak bagi setiap keluarga.

PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RM100 – RM650

Untuk informasi umum, dibawah disediakan kadar bayaran yang akan diterima bayaran fasa kedua mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM,2500)

  • Bilangan anak (0) : RM150
  • Bilangan anak (1-2) : RM300
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM650

ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM200
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM300

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang 21 tahun keatas : RM100
  • Warga emas 60 tahun keatas : RM150

Nota : Pembayaran dijalankan secara pengkreditan ke dalam akaun bank bermula 3 April sehingga 9 April 2024. Bagi penerima tiada kad bank boleh tebus secara tunai di cawangan BSN bermula 3 April ini.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI STR

Kepada kalian yang masih belum terima bayaran, semakan status boleh dilakukan secara dalam talian. Butiran lengkap dan untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

Kepada yang berstatus ‘dalam proses’ jangan risau kerana bantuan akan dikreditkan mengikut peringkat. Jadual pembayaran akan selesai dibayar pada 9 April ini sebelum menjelang perayaan aidilfitri 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button