KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Lima Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Lima jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan bagi pencarum / ahli KWSP untuk membuat pengeluaran pada tahun 2023. Untuk sedia maklum, kemudahan pengeluaran untuk tujuan peribadi tersedia telah dibenarkan selagi menepati syarat yang telah ditetapkan.

LIMA JENIS PENGELUARAN KWSP

Walaupun pengeluaran KWSP 2.0 dan bersasar tidak dapat diluluskan pada waktu ini, terdapat pelbagai kemudahan pengeluaran yang masih boleh dilakukan oleh pencarum. Pengeluaran secara bersyarat bagi pengeluaran penuh dan sebahagian boleh dimohon oleh ahli KWSP.

Di halaman kali ini dikongsikan lima pengeluaran KWSP yang dibenarkan melalui akaun 2 yang boleh dikeluarkan oleh pencarum. Untuk semakan sila rujuk seperti di bawah.

PENGELUARAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH 

Kemudahan pengeluaran bagi pembelian rumah ditawarkan kepada ahli yang berstatus warganegara Malaysia dan bukan warganegara melalui akaun 2 KWSP.

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Ahli KWSP warganegara yang beragama islam berumur 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadah haji. Anda layak menggunakan simpanan akaun 2 KWSP sebagai modal tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH).

Pengeluaran yang dibenarkan adalah maksimum sehingga RM3,000 atau mengikut amaun yang lebih rendah dalam baki simpanan akaun 2.

UMUR MENCAPAI 50 TAHUN

Kepada ahli KWSP yang telah mencapai umur 50 tahun, anda secara automatik layak membuat pengeluaran keseluruhan dalam baki simpanan akaun 2 KWSP.

Kemudahan ini adalah sebagai persediaan untuk hari persaraan ahli KWSP. Pencarum boleh membuat pengeluaran jika mempunyai baki simpanan dalam akaun 2.

PEMBINAAN RUMAH

Kemudahan pengeluaran pembinaan rumah ini hampir sama seperti pembelian rumah. Terdapat 2 jenis kategori iaitu pembinaan dengan pembelian tanah atau pembinaan atas tanah sendiri (dimiliki).

Kelayakan bagi kemudahan pembinaan rumah ini, terbuka kepada ahli yang berumur 55 tahun dan ke bawah sahaja serta mempunyai baki simpanan pada akaun 2 KWSP.

RAWATAN KESIHATAN

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran wang bagi ahli yang menghadapi masalah kesihatan. Pengeluaran melalui akaun 2 KWSP dibenarkan bagi membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal atau menampung kos peralatan bantuan kesihatan.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli yang berminat membuat pengeluaran melalui akaun 2 KWSP secara sebahagian atau penuh, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan lengkap telah disediakan di laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah melaksanakan banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button