BANTUANMyKasihSARASumbangan Asas Rahmah

MyKasih : Bayaran Bantuan Tambahan Kepada Penerima STR

MyKasih : Bayaran Bantuan Tambahan kepada penerima STR telah disalurkan secara berperingkat bagi sesi tahun 2024. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian inisiatif tambahan bagi tahun ini.

MYKASIH : BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN

Tahukah kalian, penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan akan menerima manfaat tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah. Program pemberian insentif tambahan mykasih SARA ini diberikan bagi membeli barangan keperluan asas.

Apa yang lebih menarik adalah kadar bayaran dinaikkan sekali ganda yang berjumlah RM1,200 berbanding tahun lalu RM600. Bukan itu sahaja, bantuan SARA juga diperluaskan kepada 700,000 penerima sedia ada STR.

Kerajaan juga bersetuju untuk menambah kategori pada tahun ini kepada isi rumah dan warga emas miskin serta miskin tegar. Pada tahun lalu hanya kategori miskin tegar sahaja yang diberikan pada kadar RM600.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA 2024

Untuk makluman, pemberian insentif Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini diberikan secara pengkreditan ke dalam mykad bagi penerima di kawasan semenanjung. Bayaran disalurkan bermula Janauri sehingga Disember 2024 pada kadar ditetapkan mengikut kategori.

Manakala bagi penerima kawasan negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan dibayar 2 kali iaitu pada bulan Februari dan Ogos 2024. Pembayaran bagi kawasan negeri ini disalurkan secara kredit ke dalam akaun BSN atau tebus tunai di cawangan BSN.

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada bantuan tunai STR, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan secara dalam talian. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)

Buat masa ini pembayaran bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar sahaja telah disalurkan. Untuk kategori bukan berstatus miskin akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat dan segala maklumat berkenaan MyKasih SARA akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button