BANTUANBKMFASA 3
Trending

Maklumat Penting : Berkenaan BKM Fasa Ketiga

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan sebuah bantuan berbentuk tunai yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2022. Program bantuan ini melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun ini yang mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dari segi bantuan kewangan. Melalui BKM juga terdapat penambahan bayaran pada fasa 2 dan kemungkin ada penambahan bayaran tambahan pada fasa 3 dan fasa 4 nanti.

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM akan melalui 4 fasa yang telah diasingkan mengikut bulan. Fasa 1 sudah selesai pembayaran bermula 28 Mac 2022, manakala bayaran Fasa 2 sudah hampir selesai bermula 27 Jun 2022. Kini ramai yang tertanya bila pembayaran seterusnya. Di halaman bawah telah disediakan butiran maklumat penting berkenaan BKM Fasa 3.

BKM Fasa 3

Untuk makluman, pihak Kerajaan telah mengumumkan BKM Fasa 3 akan dijadualkan pembayaran bermula bulan September 2022. Manakala bagi kategori, semua kategori akan terbabit dalam bayaran Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan september 2022 nanti.

Kadar Bayaran BKM Fasa 3

Bagi sedia maklum, kadar bayaran BKM Fasa 3 adalah sehingga RM 900 bergantung kategori kelayakan penerima. Dijangkakan akan ada penambahan bayaran seperti Fasa 2, segala informasi terkini berkenaan BKM akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jika anda ingin semak status BKM anda, sila layari Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 3 akan disalurkan pada bulan September 2022. Tiada lagi tarikh rasmi, tetapi mengikut pembayaran terdahulu di Fasa 1 dan 2. Pembayaran Fasa 3 dijangka akan mula disalurkan pada hujung bulan september sekitar 26 – 30 September 2022 berdasarkan pembayaran fasa sebelum. Di harapkan calon mengemaskini maklumat supaya proses pembayaran berjalan lancar secara kredit terus ke dalam akaun masing-masing.

Maklumat Lanjut

Selain daripada Bantuan BKM ini, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan pada tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang atau ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button