BANTUANBeliaPERKESO

Program Bantuan Khas Belia RM 1,200 Untuk Individu Yang Belum Bekerja

Untuk sedia maklum pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah melaksanakan sebuah program bantuan Belia Khas untuk para belia yang sedang menganggur atau masih belum bekerja. Perlaksanaan program bantuan ini bertujuan bagi meningkatkan mutu kualiti kemahiran setiap individu sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar yang lebih mencabar dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kepercayaan majikan terhadap belia.

Melalui program khas ini, para belia bukan sahaja dapat insentif malah memberikan peluang kepada para belia yang sedang menganggur atau belum bekerja bagi mendapatkan pengalaman di dalam pekerjaan. Di bawah telah disediakan maklumat berkenaan program bantuan belia yang boleh anda rujuk seperti berikut.

Syarat Kelayakan

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pemohonan terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja
  3. Pemohon merupakan individu yang sedang menganggur atau tidak mempunyai pekerjaan tetap

Kadar Bantuan / Insentif 

Untuk makluman umum, melalui program ini calon akan ditawarkan gaji dan elaun pada setiap bulan sekurang-kurangnya RM 1,200 sebulan selama tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama pihak majikan turut akan menerima RM 1,000. Kepada individu dan para belia yang sedang tidak mempunyai pekerjaan disarankan untuk memohon menyertai program khas ini bagi menimba pengalaman kemahiran.

Panduan Membuat Permohonan

Sekiranya anda menepati syarat kelayakkan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi PERKESO – DI SINI
  2. Sila semak dan lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruangan
  3. Sila hantar permohonan

Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa proses permohonan atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program bantuan khas belia ini, sila ke Laman Rasmi DI SINI

Maklumat Sampingan

Selain bantuan belia ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan pada tahun 2022 oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama melibatkan bantuan berbentuk kewangan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button