BANTUAN

Semakan Syarat Kelayakan Bantuan Khas OMJ RM 1,000

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenal dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Pusat mahupun Negeri bagi membantu mereka yang amat memerlukan. Terdapat bantuan telah lama diperkenalkan dan masih diberikan dan bantuan baru diperkenalkan tahun ini.

Inisiatif berbentuk bantuan kewangan sangat penting bagi sesetengah golongan terutama yang mempunyai pendapatan rendah. Dengan adanya penyediaan pelbagai bantuan dari pihak kerajaan ini, ia amat bermakna bagi golongan yang memerlukan dan berkelayakan untuk menerima.

Salah satu inisiatif yang masih diteruskan pada tahun ini adalah program insentif bantuan OMJ yang mengikut statistik data, ramai yang telepas pandang berkenaan insentif bantuan ini. Melalui program insentif Orang Muda Johor ini, kepada yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM 1,000 kepada pasangan pengantin pertama kali berkahwin di negeri Johor dan kini dibuka kepada bukan anak jati negeri tersebut.

Panduan Permohonan

Kepada yang ingin mendirikan rumahtangga, anda boleh semak dan mohon insentif ini. Jika berkelayakan dan dapat insentif ini, sedikit sebanyak dapat meringankan pembelanjaan majlis anda. Sila muat turun dan isi maklumat yang diperlukan pada borang yang telah disediakan – DI SINI

Kepada pemohon, borang permohonan hendaklah dihantar terus ke kaunter Pejabat Kadi Daerah masing-masing.

Syarat Kelayakan Permohonan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada orang Johor berumur 40 tahun dan kebawah
  • Bermaustatin di dalam negeri Johor 3 tahun dan keatas
  • Jumlah pendapatan suami dan isteri RM 5,000 dan kebawah
  • Bagi perkahwinan kali pertama sahaja
  • Permohonan dibuka bermula pada tarikh 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2022
  • Setiap 1 pasangan hanya layak membuat permohonan 1 kali sahaja
  • Kepada pemohon (isteri atau suami) perlu hadir sendiri menghantar borang permohonan di Pejabat Kadi Daerah masing-masing.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang terdapat lebih banyak bantuan khususnya berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2022. Jika anda berminat untuk semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button