Bantuan e-Pemula percuma adalah merupakan inisiatif bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun ini. Pada sidang pembentangan Bajet 2023, pihak kerajaan bersetuju meneruskan program khas e-Pemula untuk golongan belia b40 ini pada tahun depan.
E-PEMULA 2023 DITERUSKAN
Bagi makluman, atas dasar keprihatinan pihak kerajaan terhadap golongan belia, program bantuan e-pemula ini diteruskan pada tahun 2023 untuk warga Malaysia.
Berita gembira untuk rakyat Malaysia terutama golongan belia, program bantuan e-pemula ini pada tahun hadapan telah dinaikkan kadar bantuan. Sebelum ini bayaran diberikan adalah RM150 dan akan dinaikkan kepada RM200 pada tahun 2023.
Tambahan, perlaksanaan bantuan e-wallet percuma ini akan diperluaskan kepada golongan belia M40. Ramai yang akan dapat manfaat melalui bantuan ini. Belia B40 boleh tebus RM200 dan M40 RM100.
Program bantuan khas ini diteruskan adalah bagi tujuan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai atau cashless. Dengan adanya insentif ini akan memanfaatkan kira-kira dua juta golongan belia B40 dan M40 pada tahun hadapan.
Jika anda terlepas pandang, terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI
SYARAT KELAYAKAN
Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan e-pemula 2023 seperti dibawah :
E-PEMULA GOLONGAN M40
- Golongan M40 yang mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM100,000.
E-PEMULA BELIA B40
- Individu belia berumur 18 sehingga 20 tahun
- Merupakan pelajar sepenuh masa untuk 21 tahun dan keatas.
KADAR BARU E-PEMULA 2023
Bagi penghargaan kepada golongan belia dan mempupuk budaya bayaran tanpa tunai (Cashless), bantuan e-pemula ini dilaksanakan pada tahun hadapan dengan melibatkan 2 kategori. Tawaran bantuan secara percuma ini diberikan pada kadar baru seperti berikut :
- E-Pemula golongan M40 : RM100
- E-Pemula Belia bujang : RM200.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk makluman, bagi e-pemula tahun ini ramai yang telah berjaya tebus pada pertengahan tahun ini. Bagi mendapatkan bantuan ini, ia akan dilaksanakan pada kadar baru yang telah dinyatakan diatas pada tahun hadapan.
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan e-wallet ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum. Sila semak senarai bantuan yang ada dalam laman khas Bajet 2023 – DI SINI