BANTUANJKMKanak-kanak

Bantuan Kanak-Kanak 2024 : Panduan Pendaftaran Permohonan

Bantuan Kanak-Kanak 2024 : Program inisiatif khas ini adalah merupakan bantuan kewangan yang ditawarkan kepada keluarga kurang berkemampuan. Perlaksanaan bantuan istimewa BKK ini masih diteruskan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat.

PROGRAM BANTUAN KANAK-KANAK 2024

Kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-kanak. Atas keprihatinan kerajaan, program ini masih terus dilaksanakan bagi sesi tahun 2024.

Apa yang menarik adalah bantuan ini memperuntukan insentif sehingga maksimum RM1000 sebulan seisi keluarga. Tujuan utama insentif BKK ini masih dilancarkan pada tahun ini adalah bagi meringankan beban serta memelihara institusi keluarga.

KADAR PECAHAN BANTUAN KANAK-KANAK 2024

Berikut adalah kadar pecahan jumlah bayaran bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti dibawah :

  • Kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah : RM200 seorang
  • Maksimum kadar bantuan bagi satu keluarga : RM1000 sebulan.

Jumlah pemberian ditentukan melalui semakan permohonan oleh pihak berwajib, jika benar-benar berkelayakan. Pemohon yang lulus akan menerima manfaat bantuan ini secara bulanan.

KELAYAKAN BANTUAN KANAK-KANAK

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan khas BKK sehingga RM1000 sebulan ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Mereka yang berumur 18 tahun keatas boleh dipertimbangkan sekiranya masih bersekolah sehingga tamat menengah atas.

PANDUAN PENDAFTARAN PERMOHONAN BANTUAN

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – BKK 2024

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan. Untuk butiran lebih terperinci sila ke laman utama yang telah disediakan.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button