Awal RamadhanBANTUANMAIWP

Bantuan Awal Ramadhan 2024 : Disalurkan Pada Bulan Mac Ini

Bantuan Awal Ramadhan 2024 : Pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini akan mula disalurkan pada bulan Mac secara berperingkat. Untuk makluman, insentif istimewa ini diadakan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan.

BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024

Pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah memperkenalkan banyak inisiatif bantuan bagi keperluan rakyat terutama golongan sasar. Salah satu pemberian insentif bantuan tunai yang disalurkan pada bulan ini adalah bantuan awal ramadhan.

Program bayaran bantuan tunai khas berjumlah RM500 dikreditkan secara one-off ini dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dengan adanya bantuan khas ini dapat meringankan beban bagi menyambut awal puasa dan persiapan anak sekolah.

Tarikh rasmi pembayaran bantuan awal ramadhan ini akan diagihkan secara berperingkat pada 11 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H. Kepada mereka yang memerlukan boleh membuat semakan kelayakan dan status bayaran.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Pihak MAIWP telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas senarai penerima bantuan tunai RM500 ini seperti berikut :

  • Ditawarkan kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Penerima beragama islam
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Pemberian tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah tahun ini.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN

Sekiranya anda berkelayakan dan berada dalam kategori kurang berkemampuan, semakan status senarai penerima bantuan awal ramadhan boleh dilakukan secara online. Untuk panduan dan semakan, sila layari laman portal rasmi – MAIWP 2024

Untuk makluman, tiada sebarang permohonan perlu dilakukan, pemberian bantuan awal ramadhan disalurkan kepada penerima berdasarkan sistem. Jika kalian mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui butiran terperinci berkenaan bantuan ini, sila hubungi talian khas MAIWP di – 03 2639 9000.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan perpaduan pada tahun 2024. Pelbagai bantuan ditawarkan bagi membantu meringankan beban golongan rakyat yang terjejas.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button