BANTUANe-Dompet

E-Dompet 2023 : Bantuan Khas RM200 Untuk B40

E-Dompet 2023 adalah merupakan inisiatif khas berjumlah RM200 dalam bentuk bantuan tunai elektronik (e-dompet) yang dilaksanakan pada tahun ini. Untuk makluman, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan khas ini akan disalurkan kepada semua berbanding had umut yang ditetapkan sebelum ini.

BANTUAN E-DOMPET 2023

Pada sidang Belanjawan 2023 Februari lalu, pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan kredit e-tunai belia rahmah yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia tahun ini. Skim insentif ini ditawarkan kepada rakyat secara percuma untuk membantu khususnya golongan belia B40.

Kadar e-dompet 2023 yang ditawarkan sebanyak RM200 ini bertujuan bagi meringankan beban golongan muda dan secara tidak langsung dapat menggalakan golongan tersebut menggunakan transaksi tanpa tunai.

Bantuan edompet ini adalah sama seperti bantuan tahun sebelum ini iaitu eBelia (2021) dan ePemula (2022). Apa yang lebih menarik, bantuan tahun ini telah dinaikkan kadar bayaran bernilai RM200 berbanding tahun sebelum RM150.

KRITERIA KELAYAKAN

Dibawah telah disediakan kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia B40
  • Berumur 18-20 tahun
  • Mahasiswa berumur 21 tahun keatas.

KAEDAH BAYARAN

Jika berpandukan bantuan ewallet yang ditawarkan paa tahun seblum ini, anda boleh menebus bantuan e-dompet ini dari aplikasi pilihan seperti berikut:

  • ShopeePay
  • GrabPay
  • Touch N Go eWallet
  • BigPay

TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN E-DOMPET 2023

Untuk sedia maklum, tarikh rasmi perlaksanaan bantuan khas ini masih belum dimaklumkan. Namun mengikut tahun lalu, dijangka bantuan ini akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

Segala maklumat berkenaan bantuan e-dompet akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bantuan e-dompet ini telah diumumkan pada sidangĀ BELANJAWAN 2023 yang dibentang padda bulan Februari lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk informasi, selain bantuan e-dompet terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini yang perlu anda ketahui. Bantuan-bantuan diperkenalkan bagi membantu rakyat khususnya golongan yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat berkenaan bantuan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button