BANTUANKemaskini MaklumatMySTRMySTR 2024

MySTR 2024 : Kemaskini Maklumat Terkini & Permohonan Baharu

MySTR 2024 : Kemaskini Maklumat dan permohonan baharu kini boleh dilakukan bermula 1 November ini oleh seluruh rakyat Malaysia. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa ini adalah merupakan bantuan berbentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada mejoriti golongan yang memerlukan.

MYSTR 2024 : KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI

Program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR telah diperkenalkan pada tahun ini oleh kerajaan perpaduan. Untuk makluman, pembayaran bagi STR tahun 2023 telahpun selesai dibayar kepada kesemua penerima yang terlibat.

Kini pembayaran STR akan mula disalurkan berperingkat bagi sesi tahun 2024 pula bermula pada bulan Februari tahun hadapan. Bermula 1 November lalu, kerajaan telah membuka permohonan baru dan pengemaskinian maklumat terkini boleh dilakukan oleh penerima sedia ada.

Golongan yang perlu membuat kemaskini adalah seperti dibawah.

  1. Penerima STR 2023 hang mempunyai sebarang perubahan maklumat
  2. Permohonan yang tdiak dikemaskini dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut sepanjang perlaksanaan bantuan BPR, BKM dan STR
  3. Kemaskini dikecualikan kepada kategori warga emas dan pendalaman Sarawak dan Sabah

TUJUAN KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR 2024

Pengemaskinian maklumat ini dibuka adalah bertujuan untuk mengesahkan maklumat baharu kepada penerima STR. Antara perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut :

  • Nombor telefon bimbit
  • Status perkahwinan
  • Pekerjaan semasa
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah (Diri & pasangan)
  • Nama bank
  • Alamat terbaru
  • Nombor akaun bank
  • Alamat email
  • Maklumat pasangan dan anak (Kategori isi rumah)
  • Maklumat wakil

SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BAHARU MYSTR 2024

Bermula hari ini, anda boleh membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah secara online. Bagi mereka yang bukan penerima STR 2023, permohonan boleh dikemukakan bermula 1 November bagi mendapatkan manfaat bantuan yang disediakan pada tahun hadapan.

Untuk semakan status dan permohonan baharu, panduan telah disediakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

Segala maklumat dan rujukan yang anda perlukan ada di laman rasmi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button