Awal PesekolahanBANTUANBAP

Bantuan Awal Persekolahan 2024 : Pemberian RM150 Seorang

Bantuan Awal Persekolahan 2024 : Pemberian insentif bernilai RM150 mula diberikan kepada setiap seorang pelajar pada bulan Januari ini. Untuk pengetahuan umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan yang ada dalam Belanjawan 2024.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan khas (BAP) akan dibayar pada bulan Januari 2024. Perkara ini telah diumumkan pada sidang Belanjawan tahun ini.

Program khas bantuan BAP ini melibatkan peruntukan sebanyak RM788,130,000 yang akan memberi manfaat kepada sekitar 5 juta para pelajar. Kadar bantuan yang diberikan adalah berjumlah RM150 seorang secara one-off atau sekali bayar.

TUJUAN PERLAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Untuk makluman, insentif khas ini telah dilaksanakan setiap tahun bagi membantu meringankan beban kewangan penjaga/ ibu bapa bagi persediaan awal persekolahan anak. Atas keprihatinan kerajaan dalam hal ehwal rakyat, program ini masih diteruskan pada tahun 2024.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Berdasarkan tahun lalu, kriteria syarat kelayakan asas bagi mendapatkan bantuan isitmewa BAP ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan murid/ pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau setaraf denganya bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024
  • Individu yang bersekolah di sekolah SK, SBK, Sekolah agama, sekolah bimbingan jalinan kasih, sekolah swasta persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, sekolah henry gurney dan sekolah intergriti

JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN (BAP) 2024

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2024 , pengagihan bantuan awal persekolahan akan mula dibayar pada bulan Januari ini secara berperingkat. Bayaran adalah mengikut kawasan dan sekolah masing-masing (Boleh rujuk pada pihak sekolah).

Kaedah pembayaran adalah secara tunai kepada pelajar atau pengkreditan ke dalam akaun. Tarikh bayaran bernilai RM150 secara one-off ini berbeza mengikut sekolah masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BAP terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini. Perkara ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan terjejas.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun 2024 dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button