BANTUANeMadaniKredit

eMADANI 2024 : Kredit RM100 Boleh Digunakan Sebelum 29 Feb

eMADANI 2024 : Kredit RM100 yang diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia ini boleh digunakan sebelum tarikh luput pada 29 Februari. Untuk makluman umum, pemberian inisiatif khas ini termasuk salah satu bantuan dalam bajet Belanjawan.

eMADANI 2024 : KREDIT RM100 (ONE-OFF)

Seperti sedia maklum, program khas bantuan kredit eMADANI ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan perpaduan dibawah kerangka ‘Ekonomi Madani’ bagi memperkasa rakyat. Perlaksanaan pemberian insentif khas ini akan memberikan manfaat kepada sekitar 10 juta rakyat Malaysia.

Inisiatif istimewa ini adalah merupakan kesinambungan kepada kejayaan bantuan e-dompet sebelum ini iaitu eBelia Rahmah yang diberikan kepada golongan mahasiswa. Kredit eMadani ini diberikan kepada kategori dewasa yang memperolehi pendapatan dibawah RM100,000 setahun.

TUJUAN PERLAKSANAAN BANTUAN KREDIT EMADANI 2024

Tujuan utama perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu meringankan beban. Secara memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakan pembayaran tanpa tunai dan memanfaatkan rakyat.

Tawara kredit percuma dalam bentuk ewallet bernilai RM100 secara one-off ini boleh digunakan dengan cara pembelian secara fizikal. Pendaftaran dan tuntutan boleh dilakukan secara online melalui aplikasi edompet pilihan yang terlibat.

TEMPOH TEBUS & TARIKH LUPUT KREDIT RM100

Untuk makluman umum, bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, mereka yang berkelayakan boleh tebus dan gunakan kredit emadani ini. Kepada yang telah berjaya tuntut, amaun bernilai RM100 tersebut perlu digunakan sebelum tarikh luput pada 29 Februari 2024.

KELAYAKAN DAPATKAN BANTUAN KREDIT EMADANI 2024

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mendapatkan manfaat dari kredit emadani ini seperti berikut :

  • Ditawarkan kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu yang telah mencapai umur 21 tahun dan keatas pada tahun 2023
  • Pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000
  • Golongan B40 dan M40
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

PANDUAN MUDAH CLAIM KREDIT EMADANI RM100

Kepada yang belum claim, masih belum terlambat untuk gunakan manfaat yang disediakan ini. Bagi pengetahuan setiap individu boleh memilih satu sahaja daripada aplikasi edompet yang disediakan iaitu Touch N Go, Shopeepay, MAE atau Setel.

Panduan lengkap cara daftar dan tuntut telah disediakan, untuk tebus secara online, sila layari laman rasmi – eMADANI

Nota : Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat tuntutan sekali sahaja mengikut pilihan aplikasi edompet masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button