BANTUANMyKasihSumbangan Asas Rahmah

Bayaran Bantuan MyKasih 2024 : Mula Disalurkan Beperingkat

Bayaran Bantuan MyKasih 2024 (Sumbangan Asas Rahmah) telah mula disalurkan secara berperingkat kepada penerima STR yang layak. Untuk makluman, program pemberian inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2024.

BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2024

Seperti sedia maklum, program insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperkenalkan pada tahun lalu. Inisiatif ini merupakan bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tanpa perlu memohon.

Apa yang menarik adalah bantuan istimewa ini telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR yang dapat memberi manfaat kepada lebih ramai penerima. Kategori dan kadar jumlah bantuan juga telah ditambah kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun 2023.

Untuk makluman, pemberian bantuan mykasih SARA ini bukan dibayar secara tunai, ianya disalurkan secara kredit ke dalam mykad penerima. Amaun tersebut boleh dibelanjakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berhampiran.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Bagi pengetahuan umum, kaedah penyaluran bantuan khas mykasih ini dilakukan berbeza mengikut kawasan. Bagi penerima di kawasan negeri-negeri semenanjung, bantuan akan dikreditkan pada kadar RM50/ RM100 setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024.

Untuk penerima berada di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula akan menerima 2 kali bayaran SARA pada bulan Februari dan Ogos 2024. Kadar ditetapkan mengikut kategori, bayaran bagi negeri ini adalah secara pengkreditan ke dalam akaun BSN atau tebus di kaunter.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Berada dalam kelompok miskin atau miskin tegar
  • Kategori bukan miskin atau miskin tegar akan dimaklumkan kelak.

Nota : Untuk makluman, bayaran bantuan mykasih diberikan pada kadar yang telah ditetapkan mengikut status kelayakan individu. Maksimum bantuan tambahan SARA pada tahun ini adalah sehingga RM1,200 dalam tempoh setahun.

SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH

Program bantuan khas ini tidak memerlukan sebarang permohonan untuk dilakukan kerana ianya diberikan secara automatik berdasarkan maklumat yang telah dikemaskini. Kepada penerima STR, anda boleh menyemak sama ada layak atau tidak menerima insentif ini.

Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024) dan jika berkelayakan, maklumat anda dan kadar bantuan akan dipaparkan pada skrin.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan bantuan-bantuan berbentuk kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang telepas pandang boleh lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button