BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Pembayaran Fasa Ke-4 Diberikan Bermula 7 November

MySTR : Pembayaran Fasa Ke-4 akan diberikan secara pengkreditan berperingkat bermula pada 7 November ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Untuk makluman, ini adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang baru diperkenalkan pada tahun ini.

MYSTR : PEMBAYARAN FASA KE-4

Baru-baru ini secara rasmi pihak kerajaan telah mengumumkan tarikh pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi fasa 4. Bermula 7 November ini (Selasa), bayaran bantuan tunai akan disalurkan secara berperingkat kepada mereka yang terlibat.

Untuk pengetahuan umum, fasa keempat adalah merupakan pemberian kali terakhir yang akan dilakukan pada tahun ini. Dengan adanya insentif khas ini dapat membantu meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan.

Bagi fasa 4, kategori yang akan terlibat menerima bayaran adalah kumpulan B40 dan M40 dari kategori isi rumah serta warga emas. Pembayaran akan dilakukan secara 2 kaedah iaitu kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA KE-4 MENGIKUT KATEGORI

Untuk bayaran fasa keempat STR, jumlah yang akan diberikan adalah sehingga RM1,200. Kadar adalah bergantung kepada kategori dan bilangan tanggungan isi rumah seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH (BERKELUARGA)

Keluarga (Isi rumah) yang berada dalam kumpulan B40 (Pendapatan di bawah RM2,500) akan menerima bayaran yang telah ditetapkan seperti berikut.

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai 1-2 anak : RM600
  • Mempunyai 3-4 anak : RM900
  • Mempunyai 5 dan lebih anak : RM1,200

Manakala bagi keluarga (Isi rumah) yang berada dalam kumpulan M40 pula (Pendapatan di bawah RM5,000) akan menerima bayaran seperti berikut.

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai 1-2 anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai 3-4 anak : RM300
  • Mempunyai 5 dan lebih anak : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • RM200 setiap seorang

KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut fasa boleh dilakukan secara online. Untuk semak sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

Bermula 1 November ini, kerajaan juga telah membuka permohonan baharu kepada bukan penerima STR bagi mendapatkannya pada tahun 2024. Anda boleh kemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman rasmi diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang disediakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button