BANTUANFasa 4KerajaanSTRSumbanganTunaiRahmah

Bantuan Kewangan RM1200 Akan Dikreditkan Bagi Kategori B40

Bantuan kewangan RM1200 akan dikreditkan bagi kategori B40 pada bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa berikutnya. Untuk sedia maklum, tahun ini kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif salah satunya adalah STR.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan pada tahun ini.

Kadar jumlah keseluruhan yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 tambahan bantuan SARa RM600. Kadar yang diterima adalah tertakluk kepada kategori kelayakan masing-masing.

Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan tunai STR diagihkan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran. Kini bayaran bagi STR fasa 1,2 dan 3 telah selsesai diberikan, hanya tinggal satu lagi bayaran iaitu fasa ke 4.

Bayaran bagi STR fasa terakhir akan mula dikreditkan pada bulan November 2023, hanya kategori isi rumah dan warga emas yang akan terbabit menerima insentif. Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori bagi fasa 4 nanti.

BANTUAN KEWANGAN RM1200

Bantuan kewangan RM1200 bagi STR fasa keempat akan diberikan kepada penerima seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah
  • Kategori isi rumah B40 (Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah)
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih)

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Pembayaran STR fasa 4 akan mula dibayar pada bulan November. Kadar bayaran yang telah ditetapkan mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH B40

  • Tiada anak – RM200
  • Mempunyai anak (1-2) – RM600
  • Mempunyai anak (3-4) – RM900
  • Mempunyai anak (5 ke atas) – RM1200

ISI RUMAH M40

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (1-2) – Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (3-4) – RM300
  • Mempunyai anak (5 ke atas) – RM500

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas (Sebatang Kara) – RM200 seorang
  • Bujang (21 – 59 tahun) -Tiada bayaran

SEMAKAN STATUS BAYARAN

Bagi pengetahuan umum, sepanjang bulan Julai 2023 pihak kerajaan telah membuka pendaftaran permohonan rayuan STR yang tidak lulus. Untuk semakan status dan kemaskini rayuan STR, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban golongan B40 dan miskin pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button