FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 Untuk Tujuan Peribadi Kini Dibenarkan

Pengeluaran KWSP bersyarat FSA 2 untuk tujuan peribadi kini dibenarkan kepada pencarum sekiranya memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman umum, bermula April pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah membuka permohan kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran melalui FSA 2.

PENGELUARAN KWSP BERSYARAT FSA 2

Bagi pengetahuan umum, pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah kemudahan pembiayaan pengeluaran KWSP melalalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Lebih daripada 4 juta ahli KWSP layak mendapatkan manfaat melalui kemudahan pengeluaran KWSP FSA 2.

Kemudahan ini adalah pembiayaan pengeluaran yang dibenarkan dari RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 dari institusi perbankan yang terlibat. Program pengeluaran fasiliti sokongan akaun 2 ini adalah pembiayaan patuh syariah yang tidak melibatkan sebarang unsur riba.

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2

Permohonan pengeluaran melalui pembiayaan FSA 2 KWSP ini dibuka kepada ahli yang berumur 40 hingga 55 tahun. Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan islamik yang akan dikenakan adalah hanya 4 hingga 5 peratus setahun.

Ini adalah merupakan kadar yang jauh lebih rendah dikenakan berbanding kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi yang dikenakan pada kadar semasa sekitar 8 hingga 15 peratus.

AHLI KWSP DIBENARKAN MENGELUARANKAN SEHINGGA RM50,000

Kepada ahli yang berminat, jumlah pembiayaan pengeluaran KWSP bersyarat FSA 2 yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga RM50,000. Amaun yang ingin dikeluarkan adalah tertakluk pada bagi simpanan KWSP dalam akaun 2.

Setiap pemohon perlu mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak perbankan (BSN atau MBSB). Permohonan akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak institusi perbankan.

Memandangkan amaun dalam akaun 2 hanyalah sokongan, kemudahan pembiayaan FSA 2 ini tidak bercanggah dengan peruntukan akta KWSP.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN

Untuk makluman, sepanjang tahun ini permohonan pengeluaran KWSP FSA 2 dibuka kepada ahli. Panduan lengkap permohonan telah disediakan di laman web rasmi FSA 2 KWSP – DI SINI

Nota : Kemudahan ini diadakan bagi membantu ahli yang ingin membuat pembiayaan pengeluaran jika terdesak. Kepada ahli yang tidak berkeperluan, disarankan tidak memohon agar simpanan anda dapat digunakan pada hari persaraan nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button